PROGRAM SECARA PENYELIDIKAN
DOKTOR FALSAFAH
- Ijazah Master dalam bidang pengkomputeran atau bidang yang berkaitan; ATAU
- Ijazah Master dalam bidang bukan pengkomputeran dengan sekurang-kurangnya LIMA (5) tahun pengalaman bekerja dalam bidang pengkomputeran atau bidang yang berkaitan dan lulus kursus prasyarat dalam bidang pengkomputeran; ATAU
- Ijazah Master dalam bidang bukan pengkomputeran dengan TIGA (3) hingga kurang daripada LIMA (5) tahun pengalaman bekerja dalam bidang pengkomputeran atau bidang yang berkaitan dan lulus kursus prasyarat dalam bidang pengkomputeran dan tertakluk kepada kelulusan penilaian dalaman yang teliti; ATAU
- Kelayakan lain yang setara dengan ijazah Master dalam bidang pengkomputeran atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan lulus kursus prasyarat pengkomputeran; ATAU
- Ijazah Bacelor dalam bidang pengkomputeran atau bidang yang berkaitan dengan PNGK minimum 3.75 atau setaraf dengan Ijazah Bacelor Kelas Pertama dan lulus penilaian dalaman yang teliti.
MASTER SAINS
- Ijazah Bacelor dalam bidang pengkomputeran atau bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.00; ATAU
- Ijazah Bacelor dalam bidang pengkomputeran atau bidang berkaitan dengan PNGK 2.750 – 2.999 boleh diterima berdasarkan minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan ATAU
- Ijazah Bacelor dalam bidang pengkomputeran atau bidang berkaitan dengan PNGK 2.000 – 2.749 boleh diterima berdasarkan minimum 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan dan tertakluk kepada kelulusan penilaian yang teliti; ATAU
- Ijazah Bacelor dalam bidang bukan pengkomputeran dengan PNGK minimum 3.00 boleh diterima tertakluk kepada kelulusan penilaian teliti bagi mengenal pasti kursus prasyarat yang sesuai yang setara dengan pengalaman kerja mereka (minimum 3 tahun) dalam bidang pengkomputeran atau bidang yang berkaitan; ATAU
- Ijazah Bacelor dalam bidang bukan pengkomputeran dengan PNGK minimum 3.00 boleh diterima tertakluk kepada kelulusan kursus prasyarat yang sesuai; ATAU
- Kelayakan lain yang setara dengan ijazah Bacelor dalam pengkomputeran atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia perlu penuhi syarat perkara (i), (ii) atau (iii).
PROGRAM SECARA KERJA KURSUS
1. MASTER SAINS KOMPUTER
2. MASTER KESELAMATAN MAKLUMAT
3. MASTER KEJURUTERAAN PERISIAN
4. MASTER RANGKAIAN KOMPUTER
- Ijazah Bacelor dalam bidang pengkomputeran atau bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.75; ATAU
- Ijazah Bacelor dalam bidang pengkomputeran atau bidang berkaitan dengan PNGK 2.500 – 2.749 boleh diterima berdasarkan minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan; ATAU
- Ijazah Bacelor dalam pengkomputeran atau bidang berkaitan dengan PNGK 2.000 – 2.499 boleh diterima berdasarkan minimum 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan dan tertakluk kepada kelulusan penilaian yang teliti; ATAU
- Ijazah Bacelor dalam bidang bukan pengkomputeran dengan PNGK minimum 2.75 boleh diterima tertakluk kepada kelulusan penilaian teliti bagi mengenal pasti kursus prasyarat yang sesuai yang setara dengan pengalaman kerja mereka (minimum 3 tahun) dalam bidang pengkomputeran atau bidang yang berkaitan; ATAU
- Ijazah Bacelor dalam bidang bukan pengkomputeran dengan PNGK minimum 2.75 boleh diterima tertakluk kepada kelulusan kursus prasyarat yang sesuai; ATAU
- Kelayakan lain yang setara dengan ijazah Bacelor dalam pengkomputeran atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia mesti memenuhi keperluan item (i), (ii) dan (iii).
Program Ditawarkan Pada Semester
Semester Pertama (Oktober) dan Semester Kedua (Mac) setiap tahun.
Kemaskini:: 08/10/2025 [haris_harun]
PERKONGSIAN MEDIA