35 MRSM Sertai Program Nobel Laureate Outreach Camp 2018 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » 35 MRSM sertai program Nobel Laureate Outreach Camp 2018

35 MRSM sertai program Nobel Laureate Outreach Camp 2018

Serdang, Ogos - Program  Nobel Laureate’s Outreach Camp (NLOC 2018) kali ke-5 bertemakan Scientist of Tomorrow yang melibatkan pelajar tingkatan empat dari 35 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) telah diadakan pada 27 – 30 Ogos 2018  bertempat di Universiti Putra Malaysia melalui kerjasama Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Para pelajar MRSM seramai 192 orang telah dipilih dan dihantar ke beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM melibatkan Fakulti Sains, Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat bertujuan untuk mendedahkan mereka dengan pelbagai cabang ilmu sains termasuk bidang Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Pertanian dan Sains Komputer serta Teknologi Maklumat.

Sejajar dengan misi dan matlamat program NLOC 2018 iaitu mendedahkan belia kepentingan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui interaksi rapat para pensyarah dengan pelbagai kepakaran bidang bagi meningkatkan minat pelajar dalam bidang tersebut.

Pelbagai program dan acara telah diwujudkan dan salah satu acara adalah 3-minutes Science Talk (3MIST) yang merupakan idea baharu penganjur (Fakulti Sains) bagi merangsang kebolehan pelajar MRSM dalam melontarkan idea, berkomunikasi dan berinteraksi sesama ahli kumpulan serta pensyarah.

Sebahagian pelajar telah melibatkan diri dalam salah satu program dan acara yang dipertandingkan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Nobel Laureate Outreach Camp 2018

Nobel Laureate Outreach Camp 2018

Nobel Laureate Outreach Camp 2018

Disediakan oleh: Akmal Hafiz

Foto: Mohamad Fandi

Tarikh Input: 14/11/2018 | Kemaskini: 14/11/2018 | gundala80

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEaHAh~