Atlet UPM Menang Pingat Perak Acara Lontar Peluru Lelaki Veteran | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Atlet UPM Menang Pingat Perak Acara Lontar Peluru Lelaki Veteran

Atlet UPM Menang Pingat Perak Acara Lontar Peluru Lelaki Veteran

SERDANG, September 2022 - Kemenangan atlet lontar peluru lelaki veteran Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membawa pulang pingat perak pada hari terakhir sukan olahraga yang dipertandingkan di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) di sini, hari ini.

Dr. Muhammad Daniel Hafiz Abdullah, atlet UPM meluahkan rasa gembira kerana berjaya sumbangkan perak buat UPM sebagai koleksi kemenangan beliau dalam acara yang paling diminati selain sukan merejam lembing. Beliau tetap berpuas hati kerana mampu memberikan saingan sengit kepada pencabar-pencabarnya dari Universiti yang lain. Beliau merupakan pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM. Rekod peribadi beliau pernah menghadiahkan emas kepada UPM dalam acara yang sama pada tahun 2019 di Kejohanan Sukan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN).

Tarikh Input: 27/09/2022 | Kemaskini: 27/09/2022 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbHAT~