DR. ISKANDAR MEMENANGI DUA PINGAT PERAK DI UNICC | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » DR. ISKANDAR MEMENANGI DUA PINGAT PERAK DI UNICC

DR. ISKANDAR MEMENANGI DUA PINGAT PERAK DI UNICC

SERDANG, 10 Julai – Dr. Iskandar Ishak, pensyarah kanan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menggondol dua pingat perak melalui kategori inovasi di Persidangan Kokurikulum Universiti Kebangsaan 2019 yang berlangsung di UPM pada 10 hingga 11 Julai 2019.


                                                         Gambar:  Dr. Iskandar Ishak (lima dari kiri)

Persidangan yang julung kali dianjurkan ini adalah anjuran Majlis Kokurikulum Universiti-Universiti Malaysia (UniCC) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM bertemakan ‘Innovation in Co-curricular to Enhance Student Development’. Persidangan ini berjaya menarik 42 penyertaan kertas kerja dan 30 inovasi berkaitan pengajaran dan pembelajaran ko-kurikulum dari 13 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Persidangan ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan Antarabangsa), diiringi oleh YBhg. Prof. Dr. Roslan bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor UPM dan Prof. Dato’ Dr. Saharuddin bin Abdul Hamid, Pengerusi UniCC di Dewan Auditorium Rashdan Baba, Bangunan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, UPM.

Tarikh Input: 05/08/2019 | Kemaskini: 07/08/2019 | gundala80

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEZIAt~