FSKTM Mengadakan Siri Webinar Sempena HPTN 2020 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » FSKTM Mengadakan Siri Webinar Sempena HPTN 2020

FSKTM Mengadakan Siri Webinar Sempena HPTN 2020

SERDANG – Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan siri webinar bermula 23 – 28 Disember 2020 dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya bersempena menyemarakkan sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2020. HPTN adalah platform untuk para profesion teknikal berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam bidang teknikal kepada masyarakat umum.

 

Sambutan HPTN 2020 secara maya ini dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya bermula dari 5 hingga 30 Disember 2020 adalah sebagai simbolik bagi menghargai dan mengiktiraf warga profesion teknikal atas sumbangan dalam membangunkan Negara. Majlis perasmian HPTN 2020 bertemakan “Masa Depan Adalah Kita” telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Muhammad Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 5 Disember 2020.

 

Pebagai aktiviti telah disusun sempena Sambutan HPTN 2020 antaranya adalah seperti:

 

  1. Lebih 20 sesi Webinar anjuran agensi kerajaan, universiti dan badan profesional teknikal Negara
  2. Pertandingan Lego
  3. Pertandingan Mobile Legends
  4. Pertandingan PUBG
  5. Virtual Run
  6. E-Sport
  7. Pertandingan fotografi
  8. Kuiz teknikal

 

Sambutan HPTN turut dibantu oleh rakan strategik yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta, IPTA, IPTS dan juga selebriti popular tanahair yang turut sama mempromosikan sambutan HPTN 2020.

 

Siri webinar FSKTM telah disampaikan oleh speaker-speaker hebat iaitu Prof. Ts. Dr. Zuriati binti Ahmad Zukarnain, Prof. Ts. Dr. Rusli bin Hj Abdullah, Prof. Dr. Rahmita binti O.K. Rahmat dan Prof. Madya Dr. Nurfadhlina binti Mohd Sharef.

 

 

 

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://fsktm.upm.edu.my atau www.upm.edu.my dan ikuti kami di media sosial rasmi UPM di Facebook, Twitter dan Instagram untuk mendapatkan pelbagai maklumat lanjut, perkhidmatan dan kepakaran yang ditawarkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 04/01/2021 | Kemaskini: 04/01/2021 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXETXAP~