FSKTM Perkukuh Kerjasama Akademia–Industri Bersama MDEC | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » FSKTM Perkukuh Kerjasama Akademia–Industri bersama MDEC

FSKTM Perkukuh Kerjasama Akademia–Industri bersama MDEC

Serdang, 4 September 2025 – Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan sukacitanya menerima kunjungan delegasi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang diketuai oleh Encik Nik Hishamuddin bin Nik Mohd Yusoff, Ketua Bakat Digital & Keusahawanan Tertiari, bersama Puan Josephine Ong.

   

 

Kunjungan ini menjadi wadah perbincangan bermakna dalam memperkukuh kerjasama antara akademia dan industri, khususnya dalam memacu pembangunan bakat digital serta kecemerlangan penyelidikan. Kedua-dua pihak turut menzahirkan komitmen untuk melahirkan graduan masa hadapan dan mendorong inovasi bagi menyokong ekosistem ekonomi digital negara.

Tarikh Input: 30/09/2025 | Kemaskini: 30/09/2025 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
W, (03:30:51am-03:35:51am, 27 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]