HKIP 2021 FSKTM | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » HKIP 2021 FSKTM

HKIP 2021 FSKTM

SERDANG, 6 Ogos 2021 - Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai budaya kualiti dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, pengiktirafan diberikan dan komitmen serta dedikasi warga kerja diperbaharui kepada usaha-usaha yang dilaksanakan ke arah peningkatan kualiti.  Ia juga mewujudkan kesedaran warga kerja bahawa satu perubahan iaitu kejayaan dalam usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi telah berlaku dalam organisasi dan pengiktirafan diberikan untuk perubahan tersebut.

 

 

 

Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2021 Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Tema pada tahun ini adalah ‘Aspirasi Inovasi Evolusi’. Matlamat utama majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai jasa dan mengiktiraf hasil sumbangan dan tenaga yang telah dicurahkan oleh warga FSKTM. Setiap penerima anugerah telah dinilai oleh para juri yang berkaliber dengan menggariskan pelbagai aspek berpandukan maklumat data yang telah dikumpul dan dianalisa. Antara elemen penting yang digariskan adalah hasil kerja, ilmu pengetahuan, kemahiran dan kualiti keperibadian masing–masing. Di samping itu, penilaian juga menitikberatkan amalan dari segi kuantiti, kualiti kerja, mempunyai kemahiran yang tinggi, di samping mempunyai budi pekerti yang mulia, dedikasi dan komited dalam tugas, maka sudah pasti terpilih untuk menerima anugerah–anugerah yang disenaraikan.

 

 

Penganjuran HKIP 2021 FSKTM kali ini terpaksa dilaksanakan secara atas talian memandangkan pandemik COVID-19 tidak mengizinkan perjumpaan secara bersemuka. Walau bagaimanapun majlis tetap berjalan meriah dan lancar dengan pelbagai pengisian menarik disajikan kepada warga FSKTM. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan Ahli Jawatankuasa HKIP FSKTM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 07/08/2021 | Kemaskini: 07/08/2021 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEXRAU~