IVTH Lawatan Sambil Belajar Di Huawei MGTC | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » IVTH lawatan sambil belajar di Huawei MGTC

IVTH lawatan sambil belajar di Huawei MGTC

Oleh: Noor Syahirah Binti Mohd Sabri

 

 

Program “Industrial Visit To Huawei 2023 (IVTH)” adalah program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Program “Industrial Visit To Huawei 2023” telah berlangsung pada 29 Mac 2023.  Tujuan utama program Industrial Visit To Huawei (IVTH) diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melihat secara langsung peranti dan sistem rangkaian yang digunakan oleh syarikat Huawei agar pelajar dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai konsep yang telah dipelajari di dalam kelas. Para pelajar juga diberi peluang untuk mengajukan soalan kepada pelatih yang bertauliah untuk mendapatkan pendedahan dalam dunia pekerjaan. Pihak industri juga memberi peluang kepada pelajar mengenai latihan dan pensijilan yang bertaraf dunia.

 

  

 

Program dimulakan pada jam 8:30 pagi dengan ketibaan 34 peserta tahun satu hingga tahun tiga Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Program diteruskan dengan kata alu-aluan daripada pengacara majlis dan pimpinan bacaan doa daripada saudara Aqil Syamil. Pelajar mula bertolak ke Huawei MGTC pada pukul 9.15 pagi dan tiba di destinasi pada pukul 9.45 pagi.

 

Penasihat Huawei, Miss Diana tiba di destinasi pada pukul 10 pagi dan program diteruskan dengan agenda yang pertama di Huawei MGTC. Miss Diana menerangkan dengan jelas mengenai sejarah dan teknologi yang digunakan di syarikat Huawei. Kemudian, para peserta dibawa untuk melihat keadaan “back-end system” di Huawei sambil pelatih yang bertauliah menerangkan setiap fungsi mesin tersebut. Beliau juga sempat menyelitkan beberapa peluang latihan industri dan juga pekerjaan yang dibuka untuk permohonan. Para peserta berkesempatan untuk memegang dan menguji alatan di Huawei seperti “VR Graphic Ilustration”. Program ini diteruskan dengan forum ringkas oleh Miss Diana mengenai alatan teknologi yang terkini dibina oleh Huawei kepada para peserta. Lawatan ke Huawei MGTC mengambil masa selama 1 jam 30 minit dan kemudian bertolak ke destinasi kedua iaitu Huawei Malaysia di Kuala Lumpur.

 

 

 

Para peserta diberi masa rehat selama 2 jam sebelum memulakan aktiviti yang kedua di Huawei Malaysia. Program diteruskan dengan sesi perkongsian bersama beberapa pelatih professional Huawei mengenai “Internet Of Things”, “Artificial Intelligence” yang digunakan untuk membina aplikasi di Huawei. Sejarah perkembangan teknologi di Huawei juga dikongsi secara mendalam. Para peserta dapat melihat secara teliti konsep “Internet Of Things” yang dipelajari diaplikasikan dalam dunia sebenar. Seterusnya, para peserta didedahkan dengan pelbagai peluang pekerjaan dan latihan industri dalam pelbagai bidang. Pihak Huawei juga memberikan kursus Huawei secara percuma kepada para peserta untuk belajar mengenai asas pengetahuan teknologi yang digunakan di Huawei. Program bersurai kira-kira jam 4.30 petang selepas sesi fotografi dan pemberian cenderahati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 10/04/2023 | Kemaskini: 10/04/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDcVAK~