KLINIK ICRIS @ FSKTM | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » KLINIK ICRIS @ FSKTM

KLINIK ICRIS @ FSKTM

 

 

 

SERDANG, 9 JULAI -  Klinik iCRiS (Sistem Pintar Jaringan Industri dan Komuniti) yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan, Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Timbalan Dekan (Pembangunan, Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Madya Dr. Razali Yaakob dengan kerjasama Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah berjaya diadakan secara atas talian menggunakan platform persidangan video Cisco Webex.

 

 

Klinik ini bertujuan menyalurkan khidmat nasihat dalam menentukan kesesuaian projek yang memenuhi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) jaringan industri dan masyarakat melalui pelaporan di sistem iCRiS. Di dalam klinik ini, ketua projek juga boleh melihat cara dan proses yang betul semasa membuat pelaporan. Pada sesi pagi melibatkan taklimat daripada CiRNeT oleh Prof. Dr. Cheah Yoke Kqueen dan pada sebelah petang melibatkan taklimat daripada UCTC oleh Tn. Hj. Haris Dahlan dengan kehadiran keseluruhan seramai 46 orang termasuk pegawai akademik dan urusetia.

Tarikh Input: 15/07/2020 | Kemaskini: 15/07/2020 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEUPAk~