Kolokum Pendidikan Revolusi Industri 4.0 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Kolokum Pendidikan Revolusi Industri 4.0

Kolokum Pendidikan Revolusi Industri 4.0

Oleh: Prof. Dr. Rahmita Wiza O.K. Rahmat

 

 



PUTRAJAYA, 5 November - Dua orang pelajar sarjana dan seorang pelajar Bachelor Sains Komputer (Multimedia) di bawah penyeliaan Prof. Dr. Rahmita Wirza O.K. Rahmat dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah di lantik sebagai pembangun aplikasi mobil untuk aplikasi pendaftaran peserta Kolokium Pendidikan Revolusi Industri 4.0, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Aplikasi mobil tersebut merangkumi modul pendaftaran, modul maklumat kolokium, modul Augmented Realiti (AR) bagi pelbagai maklumat yang berkaitan dan e-sijil bagi peserta yang mendaftar. Maklumat peserta yang dimasukkan melalui peranti mobil sama ada android atau iOS, telah disimpan dalam pangkalan data yang disimpan dalam server yang ditempatkan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM. Maklumat-maklumat ini telah berjaya diserahkan kepada pihak ahli jawatankuasa Kolokium untuk di analisa.

 

Program Kolokium Pendidikan Revolusi Industri 4.0 yang bertemakan ‘Imagineering Education in the Fourth Industrial Revolution’ telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik. Penganjuran Kolokium Pendidikan IR 4.0 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada umum berkaitan pendidikan IR 4.0.

 

 

Tarikh Input: 17/01/2020 | Kemaskini: 17/01/2020 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEaEAz~