Lawatan Penilai Luar Jabatan Multimedia Ke FSKTM | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Lawatan Penilai Luar Jabatan Multimedia ke FSKTM

Lawatan Penilai Luar Jabatan Multimedia ke FSKTM

 

Penilai Luar Jabatan Multimedia, Prof. Dr. Anthony Steed telah mengadakan lawatan dan penilaian program Bacelor yang ditawarkan oleh Jabatan Multimedia, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) dari 15 hingga 19 November 2022.

 

Prof. Dr. Anthony Steed merupakan Profesor dalam bidang Grafik Komputer dan Persekitaran Maya di Jabatan Sains Komputer, University College London (UCL), United Kingdom. Tujuan lawatan ini adalah untuk beliau menilai program Bacelor Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia) dengan Kepujian yang sedang ditawarkan oleh Jabatan Multimedia. Antara agenda lain lawatan adalah perjumpaan bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), pihak pengurusan fakulti, pensyarah jabatan dan beberapa wakil pelajar bacelor dari setiap kohort.

 

 

Pensyarah dan pelajar berkongsi pendapat dan pandangan mengenai program bacelor yang ditawarkan dan kemudahan yang diberikan di fakulti. Beliau juga telah dibawa untuk melawat kesemua fasiliti dan makmal yang disediakan oleh FSKTM untuk kegunaan pembelajaran dan penyelidikan. Prof. Dr. Anthony Steed juga telah menyampaikan ceramah bertajuk “The Challenges and Opportunities of Consumer Virtual Reality and Augmented Reality” yang telah dihadiri seramai 80 peserta dari dalam dan luar fakulti.

 

Pada sesi perbincangan bersama wakil kumpulan penyelidikan, antara agenda perbincangan termasuk meneroka bidang kerjasama yang berpotensi bagi mengukuhkan kerjasama antara FSKTM dan UCL. Diharapkan daripada lawatan dan penilaian yang telah dibuat, Jabatan Multimedia dapat mengekalkan kualiti program bacelor yang ditawarkan dan menambah baik pengalaman pembelajaran pelajar di FSKTM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 22/03/2023 | Kemaskini: 23/03/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDdXAw~