Majlis Anugerah Graduan Cemerlang FSKTM, UPM | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Majlis Anugerah Graduan Cemerlang FSKTM, UPM

Majlis Anugerah Graduan Cemerlang FSKTM, UPM

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), telah mengadakan Majlis Anugerah Graduan Cemerlang Sesi 2023/2024 dengan penuh kemeriahan di Auditorium Rashdan Baba, UPM.

Majlis ini menyaksikan sebanyak 21 anugerah disampaikan kepada graduan cemerlang:

  • 15 anugerah untuk pelajar prasiswazah yang menunjukkan kecemerlangan akademik, kepimpinan, dan ko-kurikulum.
  • 6 anugerah untuk pelajar siswazah

     

 

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam, Dekan FSKTM, yang meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian graduan. Kehadiran tetamu kehormat, YBhg. Datuk (Dr.) Nora Abd Manaf, menyerikan lagi suasana majlis.

 


Majlis ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran ibu bapa dan keluarga para graduan yang hadir menyaksikan detik bersejarah ini. Suasana penuh emosi dan kebanggaan dapat dirasakan apabila para graduan menerima pengiktirafan di hadapan keluarga tersayang.

Sokongan daripada Penaja
Fakulti juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja yang menyokong kejayaan majlis ini, termasuk syarikat-syarikat dan individu yang menyumbangkan hadiah kepada graduan.

  • Mesiniaga
  • HILTI
  • MAP2U
  • FINEXUS
  • Cloud Vision Technology
  • Basenet Technology
  • Litera Learn Resources
  • Stellariz Sdn Bhd
  • Brilliance Information Sdn Bhd
  • Individu-individu seperti Allahyarham Dr. Abdul Azim Abd Ghani, Prof. Dr. Abu Bakar Md Sultan, Prof. Ts. Dr. Rusli Abdullah, dan Prof. Dr. Rahmita Wirza O.K Rahmat.

 

 

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk para graduan terus maju dalam bidang masing-masing, menyumbang kepada masyarakat, dan mengharumkan nama universiti di peringkat nasional serta antarabangsa. Tahniah kepada semua penerima Anugerah Graduan Cemerlang 2023/2024!

 

Tarikh Input: 05/12/2024 | Kemaskini: 05/12/2024 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
X, (08:04:57pm-08:09:57pm, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]