Majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2022 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2022

Majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2022

SEPANG, 17 Disember 2022 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia telah menganjurkan Majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2022 bertempat di Sama -Sama Hotel KLIA, Sepang. Majlis telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta diiringi oleh timbalannya, YB Adam Adli Abdul Halim.

 

Sempena Majlis APBN 2022  ini, pelbagai kategori anugerah telah dipertandingkan antaranya kategori pertubuhan belia, kategori emas remaja perdana dan kategori anugerah khas.

 

Salah seorang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia, Saudara Hoh Jia Da telah merangkul anugerah kategori IKON REKA TEKNO di dalam majlis yang gemilang ini. 

 

 Foto: Kategori Ikon Reka Tekno, Encik Hoh Jia Da

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan ucapan tahniah kepada semua para penerima APBN 2022. Tahniah juga ducapkan daripada pihak fakulti kepada saudara Hoh Jia Da! Semoga terus cemerlang dan dapat menabur bakti kepada negara.

 

Foto: YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan

 

 

Sumber: Majlis Belia Malaysia (MBM)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 21/12/2022 | Kemaskini: 29/12/2022 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbEAA~