Majlis Makan Malam TGAD 2022/2023 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Majlis Makan Malam TGAD 2022/2023

Majlis Makan Malam TGAD 2022/2023

 

Program “The Grand Annual Dinner (TGAD) Sesi 2022/2023” adalah program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Program “The Grand Annual Dinner (TGAD) Sesi 2022/2023” telah berlangsung pada 13 Januari 2023. Tujuan program ini diadakan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian pelajar tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang bakal bergraduat. Selain itu, TGAD juga merupakan satu landasan untuk meraikan pelajar tahun akhir di atas segala jasa, bakti dan budi yang telah dicurahkan oleh mereka dengan penuh gilang gemilang. Seterusnya, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan juga pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

 

Program ini berlangsung selama 3 jam 30 minit dari 7:30 malam hingga 11:00 malam. Majlis dimulakan pada jam 7:30 malam dengan pendaftaran pelajar tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan ketibaan tetamu jemputan. Majlis diteruskan dengan mengalu-alukan ketibaan tetamu kehormat diiringi oleh pelajar tahun akhir. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Putra Gemilang dan pimpinan bacaan doa oleh saudara Hazif Hazman.

 

Majlis diteruskan pula dengan ucapan daripada pengarah program, saudari Noor Syahirah Binti Mohd Sabri dan seterusnya ucapan daripada saudara Nur Sabrina Rozaini, wakil pelajar tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Seterusnya, majlis dilengkapkan dengan ucapan daripada Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Razali Bin Yaakob, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat, sekaligus merasmikan program TGAD. Perasmian program disempurnakan dengan persembahan gimik yang telah disediakan. Seterusnya para tetamu dan para pelajar menikmati hidangan yang disediakan sambil menonton persembahan multimedia.

 

Selepas menjamu makanan, majlis diteruskan dengan persembahan daripada pelajar diselang-selikan dengan pemberian hadiah cabutan bertuah dan persembahan montaj ringkas daripada wakil setiap jabatan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Seterusnya, majlis dilengkapkan dengan penyampaian Anugerah Istimewa kepada pelajar dan pensyarah yang berpakaian paling menarik. Antara anugerah yang disampaikan ialah “Best dressed female lecturer”, “Best dressed male lecturer”, “Best dressed male student” dan “Best dressed female student. Majlis bersurai kira-kira jam 11:00 malam selepas sesi fotografi.

 

 

Program “The Grand Annual Dinner (TGAD) Sesi 2022/2023” mempunyai jumlah penyertaan sebanyak 120 orang (105 orang pelajar dan 15 orang pensyarah). Konklusinya, program ini berjalan dengan keadaan teratur dan lancar seperti yang telah dirancang walaupun terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dijangkakan seperti kekurangan sumber kewangan dan penyertaan dan perubahan pelan kedudukan pada saat-saat akhir. Diharap untuk TGAD yang seterusnya sambutan lebih meriah dan perjalanan program lebih baik daripada sebelumnya.

Tarikh Input: 07/04/2023 | Kemaskini: 07/04/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDdGAX~