Majlis Penyerahan Dana Bengkel Asas Perkomputeran UPM telah menerima tajaan dana sebanyak RM100,000 daripada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk melaksanakan Bengkel Asas Perkomputeran. Penyerahan replika cek yang berlangsung di Wisma Perwira ATM telah disampaikan oleh Mejar Jeneral Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah KAGAT, kepada Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM dengan disaksikan oleh Lt Kol (Kehormat) Mohd Safwan bin Saidin, mewakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Penyerahan dana ini turut disaksikan oleh Dato’ Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam, Dekan FSKTM, Kolonel Dr. Khairul Fauzi bin Azmi, Pengarah Pengurusan KAGAT dan Prof. Madya Dr. Zurina binti Mohd Hanapi sebagai Ketua Projek kolaborasi ini. Turut hadir sama ialah Prof. Ts. Dr. Zuriati binti Ahmad Zukarnain dan Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad, Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC). Bengkel Asas Pengkomputeran ini akan diadakan pada 17-21 September 2024 di Corus Paradise Resort, Port Dickson, dengan penyertaan seramai 60 orang pegawai dan anggota KAGAT serta MAIWP. Kerjasama ini dijangka dapat memperkukuhkan peranan UPM dalam menyediakan latihan ICT berkualiti, menyokong usaha dakwah, serta menyumbang kepada penerbitan ilmiah bagi komuniti akademik dan masyarakat.

Tarikh Input: 18/09/2024 | Kemaskini: 18/09/2024 | haris_harun

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Unit Akademik: 03-9769 1737
Unit Siswazah dan Antarabangsa: 03-9769 1742
Unit Komunikasi Korporat: 03-9769 3096