Serdang, 11 Ogos 2025 – Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Program (JKPP) Master Sains Komputer yang menghimpunkan pihak pengurusan fakulti, ahli akademik serta panel pakar jemputan daripada pelbagai sektor.

Sebelum mesyuarat dimulakan, telah berlangsung Mesyuarat Pembukaan bersama YBhg. Profesor Dr. Zamberi bin Sekawi, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA) bagi JKPP Master Sains Komputer. Kehadiran beliau menekankan kepentingan sinergi antara akademia, industri, dan pihak berkepentingan dalam memperkukuh kualiti kurikulum.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Dekan FSKTM bersama barisan pengurusan fakulti, ahli Jabatan Sains Komputer serta wakil industri, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, dan alumni program. Perbincangan utama memberi tumpuan kepada penambahbaikan kurikulum bagi memastikan kesesuaian kandungan program sejajar dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan industri.
Panel pakar yang menyumbang pandangan terdiri daripada:
Datuk Abdul Halim bin Abdul Karim – Telekom Malaysia Berhad
Ts. Dr. Faizura Haneem binti Mohamed Ali – Kementerian Ekonomi
Dato' Roger Foo Chin Hong – Vastcomp Holdings Sdn. Bhd.
En. Mohd Khairulnizam bin Md Dahari – RHB Digital
Pn. Hafirah binti Jamaludin – Pusat Geospatial Negara
Prof. Dr. Salwani binti Abdullah – Universiti Kebangsaan Malaysia
Prof. Dr. Azlan bin Mohd Zain – Universiti Teknologi Malaysia

Penganjuran mesyuarat ini membuktikan komitmen FSKTM UPM dalam mengekalkan kecemerlangan akademik melalui pengukuhan hubungan strategik dengan pihak berkepentingan. Diharapkan usaha ini dapat melahirkan graduan Master Sains Komputer yang lebih kompetitif, relevan dan berdaya saing di peringkat global.
Tarikh Input: 20/08/2025 | Kemaskini: 20/08/2025 | haris_harun

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Unit Akademik: 03-9769 1737
Unit Siswazah dan Antarabangsa: 03-9769 1742
Unit Komunikasi Korporat: 03-9769 3096