Pelajar FSKTM Memenangi DBKL National Hackathon 2022 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pelajar FSKTM Memenangi DBKL National Hackathon 2022

Pelajar FSKTM Memenangi DBKL National Hackathon 2022

 

 

KUALA LUMPUR, Mac - Kumpulan Zappy yang terdiri daripada Hoh Jia Da dan Heon Hi Teng, pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) diisytiharkan sebagai pemenang pertandingan DBKL National Hackathon yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pertandingan ini dijalankan secara hibrid memandangkan negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19. Hoh Jia Da dan Heon Hi Teng dipilih menjadi juara dalam pertandingan ini dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM8000 beserta sijil dan trofi.

Hackathon ICT DBKL adalah sebuah acara yang mengumpulkan pembangun aplikasi, penjawat awam, pereka, wartawan, saintis data, pekerja organisasi tidak berasaskan keuntungan dan residen Malaysia yang mengambil berat tentang pembangunan solusi bagi menambah baik perkhidmatan DBKL. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaludin Alias menyatakan, semua solusi cadangan yang dihantar dalam pertandingan ini akan diberi pertimbangan oleh DBKL untuk pelaksanaan. “DBKL perlu dinamik dan produktif dalam mengurus isu perbandaran dengan memperkasa penyampaian perkhidmatan, terutamanya yang berasaskan teknologi digital”, katanya. Pertandingan ini telah menyaksikan kesungguhan peserta dari seluruh negara yang melibatkan peserta dari semenanjung Malaysia (Penang, Kedah, Perak, Selangor, Putrajaya, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu) serta Sabah dan Sarawak.

 

 

Tema Hackathon tahun ini adalah Bandar Pintar, Teknologi Hijau dan Revolusi. Kumpulan Zappy telah mencadangkan “Zappy” yang merupakan penyedia data pengangkutan untuk memudahkan pengembara mendapatkan maklumat melalui aplikasi bergerak. Pelantar analitik boleh digunakan oleh operator transit untuk menggambarkan cerapan mobiliti berdasarkan data, yang boleh digunakan mengurangkan kerugian yang disebabkan oleh kesesakan lalulintas dibandar utama di Asia.

Zappy berusahan untuk menambah baik pengalaman pengguna transit bandar menggunakan aplikasi bergerak dengan menggabungkan kepakaran dalam sains data dan pengetahuan dalam domain pengangkutan awam. Aplikasi ini mempunyai tiga ciri utama seperti perancangan perjalanan yang dihubungkan dengan aplikasi pemandu, komunikasi masa nyata antara dewan bandaraya, pengendali bas dan pengguna perkhidmatan, dan sistem ganjaran bagi pengguna perkhidmatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/03/2022 | Kemaskini: 23/03/2022 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXESMAN~