Pelajar FSKTM Memenangi Tempat Kedua Dalam MYHackathon | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pelajar FSKTM Memenangi Tempat Kedua dalam MYHackathon

Pelajar FSKTM Memenangi Tempat Kedua dalam MYHackathon

Tahniah diucapkan kepada Hoh Jia Da, salah seorang pelajar Bacelor Kejuruteraan Perisian  (BKP) Year 2 (Sem 3), FSKTM UPM dan pasukan beliau Vignesh Naidu dan Celine Hoh kerana telah memenangi tempat kedua dalam kategori SPRINT untuk MYHackathon pusingan Kota Kinabalu menerusi projek mereka yang bertajuk 'Hirelah'. MYHackathon kali ini telah berlangsung pada 14 November 2020.

 

Apakah solusi Hirelah?

Hirelah membantu untuk mengecilkan jurang di antara majikan, pekerja dan pemimpin di Malaysia. Penyelesaian yang dicadangkan telah mengambilkira dan menganalisis pernyataan masalah yang diberikan, termasuklah-Bot Interaktif AI, Analisis Resume, Penilaian Keserasian dan Game-changer.

 

Melalui solusi yang dicadangkan, Hoh Jia Da bersama rakan kumpulannya berjaya memberikan penyelesaian untuk pernyataan masalah yang diutarakan iaitu:

 

PRODUKTIF   1: Penyelesaian digital untuk pencari kerja– penilaian  dan  analisa  jurang  kelayakan serta cadangan pembangunan kemahiran, peningkatan kemahiran atau ‘reskilling'.

 

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Cradle Fund Sdn. Bhd. dalam menganjurkan pertandingan ini.

#LAHstartupseries

#MyHackathon

#MOSTI

#STI

#SolusiUntukKebaikanRakyat

#KitaJagaKita

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 17/12/2020 | Kemaskini: 17/12/2020 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDdXAr~