Pelajar FSKTM Menang Tempat Kedua Pertandingan Pitching Boot Camp Fasa 1 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pelajar FSKTM Menang Tempat Kedua Pertandingan Pitching Boot Camp Fasa 1

Pelajar FSKTM Menang Tempat Kedua Pertandingan Pitching Boot Camp Fasa 1

 Dilaporkan oleh: Alya Sufiya Abdull Rahman

 

 

 

BESUT, TERENGGANU - Pasukan UPM yang dianggotai empat pelajar sarjana muda telah memenangi tempat kedua Pertandingan Pitching Boot Camp Fasa 1 peringkat kebangsaan 2022 bagi kategori video kreatif. Bootcamp tersebut dijalankan selama empat hari tiga malam bermula pada 15 hingga 18 Ogos 2022 di Bukit Keluang Beach Resort, Besut Terengganu.

 

Kumpulan yang digelar Putra Ocean Heroes itu dianggotai Au Yen Ting, Wong Kai Wen, Ahmad Zaki Sharafuddin dan Alya Sufiya Abdull Rahman serta dua penasihat, Dr. Hizmawati Binti Madzin dan Ts. Dr. Siti Khadijah Binti Ali.

Program Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 2022 merupakan pertandingan peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Pusat Kerjaya Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKat) dan Universiti Sultan Zainal Abdidin (UniSZA).

Program ini mempunyai tiga fasa iaitu (1) kem pembentukan idea kreatif, (2) pembangunan projek dan (3) pertandingan akhir dan majlis penutup. Pertandingan ini melibatkan 20 IPT dan 1 JPPKK serta terbahagi kepada dua kategori iaitu video kreatif dan interaktif media.

 



Pertandingan ini dapat memperkasakan kemahiran menyelesaikan masalah, kepimpinan, komunikasi, dan kerja berpasukan para pelajar. Malah, para pelajar mampu mengasah kemahiran berfikir secara kritis dalam waktu yang terhad dan memperoleh ilmu 'soft skill' baharu mengikut perubahan teknologi masa kini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/09/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEUPAT~