
PUTRAJAYA, 8 JULAI - Majlis Penyerahan Felo Perdana kepada semua Ahli Jemaah Menteri bagi tahun 2020 yang disempurnakan Y.A.B. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Program Felo Perdana dimulakan pada tahun 2013. Seramai 82 Felo yang terpilih pada tahun ini dan tiga orang daripada Felo tersebut akan ditempatkan di Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu Hoh Jia Da dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Amirul Faiz Abdul Latif dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) dan Muhammad Danial Dasris dari Universiti Malaya. Tahniah kepada peserta Program Felo Perdana.

Gambar: Hoh Jia Da (tiga dari kanan), Muhammad Danial Dasris dan Amirul Faiz Abdul Latif
Sumber: Kementerian Kerja Raya
Tarikh Input: 20/07/2020 | Kemaskini: 21/07/2020 | akmalhafiz

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Unit Akademik: 03-9769 1737
Unit Siswazah dan Antarabangsa: 03-9769 1742
Unit Komunikasi Korporat: 03-9769 3096