Pelajar FSKTM UPM Johan Pertandingan UM Hackathon 2024 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pelajar FSKTM UPM Johan Pertandingan UM Hackathon 2024

Pelajar FSKTM UPM Johan Pertandingan UM Hackathon 2024

 

KUALA LUMPUR, Mac - Tahniah buat pelajar-pelajar FSKTM, Haziq Hakimi bin Mazlisham (BSK Pengkomputeran Multimedia), Muhammad Hakim bin Zulkhainain (BSK Pengkomputeran Multimedia), Haris Azhari bin Zaharudin (BSK Pengkomputeran Multimedia), Ilham Firdaus bin Rohimmi (BSK Pengkomputeran Multimedia), dan Adam Isris bin Mohamad Ismol (BSK Rangkaian Komputer) kerana berjaya merangkul tempat Pertama (Champion) bagi Kategori Domain 2, serta memenangi RM5000 dalam pertandingan UM Hackathon 2024 yang dianjurkan oleh Universiti Malaya sepanjang 30-31 Mac 2024.

 

Tajuk projek mereka adalah 'Automated Public Listing Companies Shariah Compliance Evaluation Screener.'

 

Kejayaan mereka adalah amat membanggakan dan semoga mereka terus kekal cemerlang pada masa hadapan!

 

Terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Noris Mohd Norowi dan Dr. Nuur Alifah Roslan atas dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 02/04/2024 | Kemaskini: 02/04/2024 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEeGAo~