Pelajar JKPSM Memenangi Tempat Pertama Dalam Cabaran Robomaster 2022 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pelajar JKPSM memenangi tempat pertama dalam Cabaran Robomaster 2022

Pelajar JKPSM memenangi tempat pertama dalam Cabaran Robomaster 2022

Oleh: Muhamad Izrin Syafiq Ahmad Jalil, Khaironi Yatim Sharif, Mohd Hafeez Osman

 

Bangi, 8 Jun – Pertandingan Robomaster 2022 telah diadakan di Smart Selangor Anjung Digital, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pertandingan ini dianjurkan oleh kelab ARVIS, dari Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, UKM dan penyertaan dibuka kepada semua universiti di seluruh negara. Secara keseluruhan, lapan pasukan telah menyertai pertandingan ini: tiga pasukan dari UPM, dua pasukan dari UTeM dan UKM dan satu pasukan dari UTM. Tiga cabaran telah diberikan kepada semua peserta: Cabaran 1 – Kawalan Robomaster secara manual, Cabaran 2- pengaturcaraan Robomaster dan Cabaran 3 – perlumbaan Robomaster. Kesemua cabaran ini perlu dilengkapkan dalam masa satu hari.

Pasukan Purerobotics dari Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat (JKPSM), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini. Pasukan Purerobotics dianggotai tiga ahli: Adly Syaukat bin Shahrom Azmi, Muhamad Izrin Syafiq bin Ahmad Jalil, dan Irfan Afiq bin Abdul Rahman. Semua pasukan UPM diselia secara bersama oleh Ts. Dr. Khaironi Yatim Sharif, Ts. Dr. Mohd Hafeez Osman dan Dr. Erzam Marlisah. Dengan memenangi pertandingan ini, pasukan Purerobotics membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350 serta sijil.

Tarikh Input: 22/06/2022 | Kemaskini: 22/06/2022 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbEAb~