Pelajar UPM Mengetuai Pasukan Dalam Cabaran Elit Jualan Huawei 2024 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT fsktm
» BERITA » Pelajar UPM mengetuai pasukan dalam Cabaran Elit Jualan Huawei 2024

Pelajar UPM mengetuai pasukan dalam Cabaran Elit Jualan Huawei 2024

Gambar: Chai Kok Cheng (Tengah) 

 

 

 

KUALA LUMPUR, April 2024 - Chai Kok Cheng pelajar dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM memenangi tempat kedua dan 'Top 10'  Individu Berprestasi Terbaik dalam Cabaran Elit Jualan Huawei 2024. Cabaran terbuka kepada seluruh pelajar di universiti Malaysia untuk mempamerkan pengetahuan jualan mereka dan penyelesaian perniagaan yang inovatif. Persaingan berlangsung sengit, dengan peserta perlu membuat persembahan individu pada pusingan awal dan 50 finalis yang teratas kemudiannya dikumpulkan dan membentuk kepada 10 pasukan pada acara akhir, yang diadakan di Hotel DoubleTree Hilton Kuala Lumpur pada 19-20 April. Saudara Chai telah dipilih sebagai Ketua Pasukan dan digabungkan bersama pelajar dari UNMC, UNITEN, UM dan UTM. Trofi, sijil, dan hadiah pasukan sebanyak RM10,000 mengesahkan kemahiran jualannya yang luar biasa dan penyelesaian perniagaan yang inovatif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 13/05/2024 | Kemaskini: 13/05/2024 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
X, (07:11:38am-07:16:38am, 10 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]