Pembentangan Permohonan Harta Intelek | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pembentangan Permohonan Harta Intelek

Pembentangan Permohonan Harta Intelek

Oleh: Prof. Dr. Rahmita O.K. Rahmat

 

SERDANG, 3 Disember - Sesi Pembentangan dan Penilaian Permohonan Harta Intelek UPM telah di adakan di bilik Centre of ICT Innovation (COI), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), untuk pembentangan permohonan copyright 17 Aplikasi Mobil AR hasil kerja pelajar-pelajar SKM4313 (Aplikasi Realiti Imbuhan).  Hasil daripada 17 kemasukan permohonan, 15 disokong, satu permohonan perlu dibentangkan semula dan satu permohonan ditolak disebabkan tiada nilai pengkomersilan.

 

 

SKM4313 merupakan kursus elektif yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat melalui program Bachelor Sains Komputer (Multimedia). Kursus ini ditawarkan setiap semester I kepada pelajar-pelajar dengan pra-syarat kursus Grafik Komputer. Kursus ini mula diperkenalkan pada tahun 2015 dengan kredit (1+2) yang mana satu jam kelas bersemuka dan enam jam sesi amali. Bagi aktiviti tahun ini, pensyarah yang mengajar SKM4313 iaitu Prof. Dr. Rahmita Wirza O.K. Rahmat telah menjemput 9 pensyarah dan seorang CEO syarikat start-up yang bertindak sebagai penyelia bersama atau sebagai pelanggan kepada pelajar-pelajar tersebut. 

Tarikh Input: 20/01/2020 | Kemaskini: 20/01/2020 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEUHAx~