Perintis Syarahan Perdana Secara Dalam Talian Di UPM | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Perintis Syarahan Perdana Secara Dalam Talian di UPM

Perintis Syarahan Perdana Secara Dalam Talian di UPM

 

 

Syarahan Perdana atau Inaugural Lecture merupakan syarahan yang akan dilakukan oleh setiap Profesor yang dilantik di universiti untuk menyampaikan ilmu keprofesoran mereka kepada masyarakat umum.  Ekoran daripada situasi Pandemic COVID-19 yang melanda Malaysia masakini, semua keadaan norma lama iaitu penyampaian syarahan secara bersemuka terpaksa ditransformasikan kepada norma baharu iaitu dengan menggunakan keadah penyampaian secara dalam talian.

Sehubungan dengan itu pada 6 November 2020 (Jumaat) jam 9 pagi, upacara majlis Syarahan Perdana yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Rusli Abdullah, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) ini telah berjaya diadakan secara dalam talian sebagai perintis dalam meghadapi norma baharu ini.

Majlis ini telah dibuka dengan rasminya oleh YBhg. Naib Canselor UPM iaitu Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman dan telah dipancarkan secara langsung secara dalam talian dengan menggunakan peralatan media sosial Facebook CSIT/FSKTM dan UPM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 17/02/2021 | Kemaskini: 17/02/2021 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEaPAf~