PERSIDANGAN ANTARABANGSA PERTAMA ATAS TALIAN DI UPM | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » PERSIDANGAN ANTARABANGSA PERTAMA ATAS TALIAN DI UPM

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PERTAMA ATAS TALIAN DI UPM

 

Oleh: Prof. Madya Dr. Noraini Che Pa

Foto: Mohamad Fandi Ali Mohamad

 

SERDANG, OGOS - Persidangan Antarabangsa Applied Informatics ke-2 (AiIC2020) telah berjaya diadakan pada 12 hingga 13 Ogos 2020 di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM. Persidangan ini pada mulanya dirancang diadakan secara bersemuka. Namun, kerana pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia, persidangan ini telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Persidangan Antarabangsa Applied Informatics ini bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan dan inovasi dalam Applied Informatics ke persada dunia dengan mempromosikan kolaborasi antara penyelidik dari kalangan akademik dan pengamal industri. Melalui persidangan AiIC2020 para penyelidik telah berkumpul bersama, saling berkongsi dan membentangkan penyelidikan dan penemuan semasa mereka. Tema AiIC2020 kali ini adalah Memperkasakan Penyelidikan Informatik Terapan untuk Trend Teknologi Kontemporari.

 

Setelah mengharungi pelbagai rintangan, akhirnya kami telah berjaya menerima hampir 80 makalah termasuk 10 makalah daripada peserta luar negara.  Setelah melalui proses penilaian yang terperinci oleh penilai yang dilantik daripada pelbagai negara, sebanyak 54 makalah telah terpilih dan diterima untuk dibentangkan secara lisan dan akan diterbitkan dalam dua jurnal SCOPUS bagi terbitan tahun 2020 iaitu Solid State Technology dan Journal of Advanced Research dalam Dynamical and Control System.

 

AiIC2020 telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Rusli Abdullah yang merupakan Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Universiti Putra Malaysia. AiIC2020 kali ini telah melibatkan dua orang pengucap tama yang terdiri daripada penyelidik tersohor. Mereka adalah Assoc. Prof Dr Mohamad Hanif Md Saad yang memegang tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah Institut IR4.0 di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Profesor Dr. Rose Alinda Alias selaku Ketua Kumpulan Penyelidikan Inovasi Sistem Maklumat dan Perkhidmatan (ISSI) di Sekolah Perniagaan Antarabangsa UTM Azman Hashim (AHIBS), serta Senior Associate Fellow di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM. Profesor Dr. Rose Alinda Alias juga merupakan Presiden Pengasas Persatuan Sistem Maklumat Malaysia (MyAIS) dan mengalas jawatan sebagai Presiden Malaysian Chapter untuk Persatuan Sistem Maklumat (AIS).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 02/09/2020 | Kemaskini: 02/09/2020 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEZLAm~