Peserta UPM Menyinar Di INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING 2022 (IUCEL2022) | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Peserta UPM Menyinar di INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING 2022 (IUCEL2022)

Peserta UPM Menyinar di INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING 2022 (IUCEL2022)

*Berita ini disiarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Majlis e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) telah berjaya menganjurkan Karnival Universiti Antarabangsa e-Pembelajaran/International University Carnival on e-Learning 2022 (IUCEL 2022) pada 28 hingga 30 Jun 2022 secara dalam talian dengan tema “Innovating Education for a Better Tomorrow”.

UPM telah berjaya merangkul kemenangan Anugerah Outstanding Open Educational Resources melalui Dr. Chong Chou Min, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Dr. Siow May Ling, Prof. Madya Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Dr. Siti Khadijah Adam, Dr. Nurul Amelina Nasharuddin, Dr. Wan Arnidawati Wan Abdullah, En.Muizzudin Kaspol dan En. Mohd Afiq Ruslyin. UPM juga merupakan pemenang emas terbanyak di dalam pertandingan IIDEL. Warga UPM dari pelbagai Pusat Tanggungjawab telah memperolehi 21 pingat emas, 44 pingat perak dan 4 pingat gangsa.

Warga FSKTM, UPM merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pemenang pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL) UPM yang sangat komited dan telah memberi sokongan padu terhadap penganjuran IUCEL2022.

 

Tarikh Input: 05/07/2022 | Kemaskini: 06/07/2022 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEYSAK~