PINGAT EMAS PERTAMA DI SUKANUN 2019 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » PINGAT EMAS PERTAMA DI SUKANUN 2019

PINGAT EMAS PERTAMA DI SUKANUN 2019

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Pingat emas pertama kontinjen UPM di Karnival Sukan Badan Berkanun Malaysia, SUKANUN 2019 dimenangi oleh Dr. Muhammad Daniel Hafiz Abdullah dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM dalam acara Melontar Peluru kategori lelaki veteran di Mini Stadium MSN, Bukit Jalil.

SUKANUN kali ini merupakan edisi ke-11 yang dibuka secara rasmi malam tadi disertai oleh 5,000 atlet dan pegawai  membabitkan 63 agensi kerajaan yang menganggotai Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) bermula pada 19 hingga 26 Julai ini. SUKANUN merupakan program dwi-tahunan PBBM ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara semua agensi melalui sukan.

Selain itu, Muhammad Daniel juga berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara Merejam Lembing kategori lelaki veteran.

Tarikh Input: 25/07/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | gundala80

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEZRAc~