Program Huawei Day Intelligent World 2030 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Program Huawei Day Intelligent World 2030

Program Huawei Day Intelligent World 2030

Serdang, 04 Nov 2024 – Program Huawei Day Intelligent World 2030 telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Majlis Pelajar Fakult Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (ComCil) serta Kelab Rangkaian, FSKTM. Program yang mendapat sokongan daripada Huawei (Malaysia) Sdn Bhd sebagai rakan industri ini bertujuan untuk memperkenalkan perspektif serta wawasan terkini dalam teknologi komunikasi dan rangkaian, demi memenuhi keperluan semasa dan masa depan industri.


Lebih 200 orang pelajar dari pelbagai jabatan di FSKTM telah menyertai program ini, yang menampilkan tiga sesi ceramah oleh penceramah jemputan, iaitu Encik Choh Yau Meng, Cik Putri Nadia Izfahani Binti Megat Aziz, dan Cik Delea Tan Siu Phing. Mereka berkongsi pandangan mendalam mengenai topik berkaitan prospek pasaran pekerjaan, inovasi tenaga, dan peranan Akademi ICT Huawei Malaysia dalam membangunkan bakat teknologi tempatan.


Sebagai salah satu Akademi ICT Huawei, FSKTM, UPM telah menawarkan pelbagai kursus praktikal dalam bidang Pengkomputeran Awan, Kecerdasan Buatan, dan Rangkaian. Sejak 2017, program ini telah membantu ramai pelajar UPM memperoleh sijil profesional serta mencipta kejayaan dalam pertandingan berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Program Huawei Day Intelligent World 2030 diharapkan memberi manfaat besar kepada semua peserta dan menjadi inspirasi untuk terus meneroka kemajuan dalam bidang teknologi masa depan.

Tarikh Input: 12/11/2024 | Kemaskini: 12/11/2024 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
F, (06:48:17pm-06:53:17pm, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]