Program Kolaboratif “Kuasai A+ Sains Komputer” Semarakkan Minat Pelajar Sekolah Menengah | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT fsktm
» BERITA » Program Kolaboratif “Kuasai A+ Sains Komputer” Semarakkan Minat Pelajar Sekolah Menengah

Program Kolaboratif “Kuasai A+ Sains Komputer” Semarakkan Minat Pelajar Sekolah Menengah

Kajang, 16 Ogos 2025 – Program Kolaboratif “Kuasai A+ Sains Komputer” telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan seramai 120 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari tiga buah sekolah menengah iaitu SMK Taman Jasmin 2, SMK Sungai Ramal dan SMK Kajang Utama.

   

Program ini bertujuan memperkukuh penguasaan pelajar dalam subjek Sains Komputer serta memberi pendedahan kepada ilmu dan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa dalam bidang teknologi. Melalui pendekatan interaktif, para pelajar berpeluang mengikuti sesi pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan, sekali gus menambah keyakinan mereka untuk mencapai kecemerlangan akademik.

   

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Lili Nurliyana Abdullah serta Jabatan Multimedia, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) atas penganjuran inisiatif bermanfaat ini.

Semoga usaha sebegini dapat terus memberi inspirasi kepada pelajar sekolah menengah untuk mendalami bidang Sains Komputer dan seterusnya melahirkan generasi muda yang berdaya saing dalam dunia digital.

Tarikh Input: 20/08/2025 | Kemaskini: 20/08/2025 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
X, (01:50:31pm-01:55:31pm, 26 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]