Program Mobiliti JST Sakura Exchange | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Program Mobiliti JST Sakura Exchange

Program Mobiliti JST Sakura Exchange

 

 

Yamaguchi, Mac 2023 - JST Sakura Exchange Program in Science 2023 merupakan program anjuran Yamaguchi University, Jepun bertujuan untuk mempromosi rangkaian pelajar global di kalangan peserta antarabangsa yang terpilih.  Lawatan ini bermula pada 5 hingga 11 Mac 2023 yang dihadiri oleh semua peserta dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM. Sepanjang program ini berlangsung, pelajar berpeluang menyertai bengkel S&T (bidang Kecerdasan Buatan) serta aplikasi Remote Sensing selama empat hari di Yamaguchi University.

 

Pelajar juga berpeluang melawat JAXA West Japan Satellite Communication Centre dan Applied Satellite Remote Sensing Research Centre. Selain itu, peserta dapat melihat budaya yang dibawa oleh masyarakat Jepun.

 

 

 

Pada hari pertama, peserta dibawa berjumpa dengan Pengarah Information and Data Science Education Centre, Yamaguchi University iaitu Profesor Dr. Shingo Yamaguchi di kampus utama Yoshida, Yamaguchi. Di sini peserta telah dibawa melawat sekitar kampus dan melawat Information and Data Science Education Centre sambil bersuaikenal denga para pengkaji di makmal tersebut.

 

Pada hari kedua, peserta dibawa melawat kampus kedua Yamaguchi University di Tokiwa. Para peserta melawat ke jabatan Graduate School of Science and Technology for Innovation yang diketuai oleh Profesor Shingo Yamaguchi dan Assistant Professor Dr. Mohd Anuaruddin bin Ahmadon.

 

Pada hari ketiga dan keempat, pembentangan kajian oleh peserta daripada Graduate School of Science and Technology for Innovation, Yamaguchi University dan peserta FSKTM. Pembentang kajian diberi peluang untuk membentang dan menerima komen, pandangan serta kritikan yang membina daripada semua pensyarah dari kedua-dua institusi yang terlibat.

 

Pembentangan hasil kajian Associate Professor Dr. Toshikazu Samura berlangsung pada kelima. Beliau membentangkan berkaitan pengesanan bencana alam dan peranan organisasi Sentinal Asia dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Dalam pembentangan tersebut, beliau berkongsi data dan teknik pengesanan bencana alam kepada peserta.

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 10/04/2023 | Kemaskini: 10/04/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEaTA3~