Projek Pelajar Tahun Akhir Bersama Industri | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Projek Pelajar Tahun Akhir Bersama Industri

Projek Pelajar Tahun Akhir Bersama Industri

 Oleh: Noraini Che Pa & Novia Admodisastro

 

 

FSKTM, UPM : Pembentangan Projek Tahun Akhir Bersama Industri bagi Semester 2 2019/2020 dan Semester 1 2020/2021 telah diadakan pada 4hb. Februari 2021 secara atas talian menerusi aplikasi Zoom dan Facebook FSKTM. Program ini merupakan anjuran Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat (JKPSM), FSKTM, UPM.

 

Program ini julung kalinya telah dilaksanakan pada tahun 2018. Pada kali ini ianya melibatkan kerjasama dengan 4 buah industri iaitu Hilti, U-Mobile, MIMOS dan Prestige Atlantic Sdn. Bhd bersama 12 orang pelajar JKPSM bagi melaksanakan 5 projek berasingan. Program ini turut melibatkan penyeliaan daripada pihak industri dan akademik masing-masing seramai 4 dan 9 orang. 

 

Kerjasama yang mengambil masa selama dua semester ini melihat penglibatan pihak industri daripada awal sehingga akhir projek iaitu daripada pernyataan masalah, keperluan, reka bentuk dan implementasi sistem, seterusnya pembentangan dan demonstrasi projek oleh para pelajar. Di akhir pembentangan pihak industri turut memberikan penilaian dan maklum balas terhadap projek para pelajar.

 

 

Lima projek yang dibangunkan oleh para pelajar ialah, ‘Window Automation and Data Extraction Tool’ bersama MIMOS, ‘CPS X-Series Dragonfly: Drone-Assisted Warehouse Inventory Tracking System’ bersama Prestige Atlantic Sdn Bhd., ‘News Analytic to Predict Telco Malaysia Stock Price Performance’ dan ‘INSIGHT: Customer Segmentation and Analysis in Telecom Mobile Analytics’ bersama UMobiledan  ‘Smart Inventory Management System (SIMSys) in Construction Industry’ bersama HILTI. 

 

Pihak industri terlibat rata-rata berpuas hati dengan prestasi dan komitmen para pelajar dalam menghasilkan projek tersebut. Pembentangan ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan tontonan atas talian seramai 122 orang. Kejayaan projek menunjukkan signifikan teori, pengetahuan dan kemahiran yang disediakan dalam kurikulum Ijazah Kejuruteraan Perisian di FSKTM, UPM dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh indusri secara tuntas. Di samping itu, para pelajar telah menunjukkan sikap, kebolehan dan semangat yang tinggi dalam menyiapkan projek. Melalui program ini diharapkan dapat membuka ruang kepada para pelajar tahun akhir mempromosikan diri untuk mencari peluang latihan industri dan pekerjaan. Manakala program ini juga turut meningkatkan jalinan kerjasama di antara fakulti dan industri secara berterusan.


 

   
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 17/02/2021 | Kemaskini: 18/02/2021 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEYMAW~