Selamat Datang Dan Tahniah | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Selamat Datang dan Tahniah

Selamat Datang dan Tahniah

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Koh Tieng Wei

 

SERDANG, Ogos - Melalui program CEO@Fakulti 2.0 Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), beberapa lawatan dan perbincangan rasmi antara Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) dan Pusat Hubungan dan Jaringan (CiRNeT) bersama PKT Logistics Group Sdn. Bhd. (PKT) telah diadakan untuk mencari halatuju kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak.

 

Pada 27hb Ogos 2020, Timbalan Pengarah CirNet bersama Timbalan Dekan (Pembangunan, Jaringan Industri and Masyarakat), FSKTM telah membuat satu lagi lawatan lanjutan ke ibu pejabat PKT. Dalam perjumpaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) PKT, Dato’ Seri Dr. Michael Tio memperkenalkan sebuah anak syarikat iaitu Sparke Autoparts (M) Sdn Bhd (SPARKE) yang diketuai oleh Encik Kuan Eu Jin dan bersetuju menganugerahkan projek pembangunan platform e-dagang SPARKE kepada UPM yang akan diketuai oleh felo CEO UPM, Prof. Madya Ts. Dr. Koh Tieng Wei. Untuk melaksanakan projek pembangunan ini, NDA rasmi telah ditangani oleh Naib Canselor UPM dan KPE SPARKE pada awal tahun 2021. Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan SPARKE juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) pada 15 Oktober 2020. 

 

 

Hasil kerjasama ini, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah menerima Professor Adjung iaitu Encik Kuan Eu Jin selama 12 bulan bermula 2 Ogos 2021. Hasil faedah kepada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat berupaya meningkatkan visibiliti UPM sebagai multi-disiplin dan penyelidikan bidang e-dagang dan ekonomi gig. Selain itu, lantikan Professor Adjung akan membuka peluang kepada pelajar dan para pensyarah UPM untuk mengembangkan ilmu dan kemahiran bersama pihak SPARKE.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 02/08/2021 | Kemaskini: 02/08/2021 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEULAX~