Uji Personaliti Anda | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Uji personaliti anda

Uji personaliti anda

Program “Get To Know Yourself!” adalah program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM dengan kolaborasi bersama pelajar tahun akhir Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Program “Get To Know Yourself!” telah berlangsung pada 3 & 4 Januari 2023. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk pelajar lebih mengenali dan menyayangi diri mereka sendiri. Selain itu, program ini dapat memberi idea kepada pelajar tentang rutin dan tabiat yang bersesuaian untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian mengikut personaliti masing-masing.

 

 

 

Program ini berlangsung dari 2:00 petang hingga 5:00 petang pada 3 & 4 Januari 2023 di Ruang Legar, Blok B, FSKTM. Pada sesi pertama, iaitu pada 3 Januari 2023, para pelajar yang mendaftar akan menjawab ujian personaliti untuk diinterpretasi oleh pelajar jurusan Kaunseling Fakulti Pengajian Pendidikan. Pada sesi ini, pelajar dapat mengetahui corak tingkah laku, emosi dan pemikiran masing-masing. Seterusnya, program ini menjalankan sesi kedua iaitu ujian kesihatan mental pada 4 Januari 2023. Keputusan ujian itu kemudian diinterpretasi oleh pelajar jurusan Kaunseling supaya pelajar dapat mengetahui keadaan kesihatan mental masing-masing. Selain itu, sesi ketiga iaitu sesi kaunseling bersama para pelajar jurusan Kaunseling juga disertakan sepanjang program berlangsung bagi para pelajar yang ingin membuat temujanji setelah selesai menjawab setiap ujian yang diberikan pada setiap sesi.

 

Program "Get To Know Yourself!" mempunyai jumlah penyertaan sebanyak 42 orang peserta bagi ujian kesihatan mental dan 52 orang peserta bagi ujian personaliti, mencapai jumlah sasaran 20 orang peserta. Konklusinya, program ini berjalan dengan sangat lancar seperti yang telah dirancang tanpa sebarang masalah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 07/04/2023 | Kemaskini: 07/04/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEUHAh~