UPM Jalin Kerjasama Dengan IPB, Indonesia | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » UPM Jalin Kerjasama dengan IPB, Indonesia

UPM Jalin Kerjasama dengan IPB, Indonesia

Photo: Marina Ismail

SERDANG, 2 Dis – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia menjalinkan kerjasama melalui satu Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persetujuan (MoA) di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM.

Majlis Menandatangani dan Penyerahan turut dihadiri dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Zulkifli Idrus. Delegasi dari Indonesia dihadiri oleh Prof. Dr. Agus Buono, Dr. Imas Sukaesih Sitanggang, Dr. Sri Wahjuni dan Auzi Asfarian. Melalui MoA itu, UPM dan delegasi dari IPB akan bekerjasama menerusi perkongsian kepakaran dan pengetahuan, penyelidikan dan kerjasama.

 

 

Prof. Dr. Zulkifli Idrus turut melahirkan kegembiraan menyaksikan komitmen semua pihak dalam mewujudkan kerjasama dan ikatan yang lebih erat untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam menerajui penyelidikan dan menganjurkan program mobiliti.

 

Foto (Dari Kiri): Dr. Sri Wahjuni, Dr. Imas Sukaesih, Prof. Dr. Agus Buono, Prof. Dr. Zulkifli Idrus dan Prof. Dr. Rusli Abdullah

Tarikh Input: 04/12/2019 | Kemaskini: 04/12/2019 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbKAE~