UPM Jalin Kerjasama Strategik Dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » UPM Jalin Kerjasama Strategik dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd

UPM Jalin Kerjasama Strategik dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd

SERDANG, 15 Disember - Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan PKT Logistics Group Sdn. Bhd. jalin kerjasama mewujudkan penyelidikan dan pembangunan berorientasikan industri.

 

Memorandum Persefahaman (MoU) itu ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan Group CEO & Managing Director, PKT Logistics Group Sdn. Bhd., Dato’ Seri Michael Tio disaksikan oleh Dekan FSKTM, UPM, Prof. Madya Dr. Razali Yaakob dan Chief Marketing Officer, PKT Logistics Group Sdn. Bhd., Mr. Kuan Eu Jin.

Kerjasama antara UPM-PKT Logistics Group Sdn. Bhd. adalah melalui perkongsian data dan maklumat. Dengan kepakaran serta kemahiran yang terdapat di UPM, data dan maklumat berkenaan dijana dan dapat ditambah nilai.

Selain itu, Smart Partnership Process antara FSKTM, UPM dan PKT Logistics Group Sdn. Bhd. akan mewujudkan permulaan penyelidikan dan pembangunan berorientasikan industri dalam bidang sains data, keselamatan siber, kecerdasan buatan dan kejuruteraan perisian untuk "Logistics Automation".

Usaha ini seiring dengan Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia 2021-2025 pada Matlamat 3 iaitu Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri dan Masyarakat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 16/12/2021 | Kemaskini: 16/12/2021 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXESIAc~