UPM Jalin Perkongsian Strategik Dengan HUAWEI | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » UPM Jalin Perkongsian Strategik dengan HUAWEI

UPM Jalin Perkongsian Strategik dengan HUAWEI

SERDANG, 14 Januari – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. jalin kerjasama strategik melalui Memorandum Perjanjian (MOA) dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat selaku peneraju dalam bidang ICT.

 

Huawei ICT Academy melalui program Huawei Authorized Information and Network Academy (HAINA) berhasrat untuk mentauliah institusi pendidikan seperti UPM dalam menyampaikan kemahiran praktikal dan latihan Huawei Certification kepada pelajar universiti. Langkah ini adalah usaha berterusan dalam membangunkan bakat ICT tempatan dan menggalakkan pembangunan serantau dan penyertaan dalam komuniti digital.

 

UPM melalui pelan strategiknya bermatlamat melonjakkan jaringan dan kerjasama dengan industri sebagai persediaan bakal graduan UPM untuk mengendalikan teknologi pintar seiring dengan cabaran di era Revolusi Industri 4.0.

huawei

Gambar : Shengnaiting (Huawei Malaysia Enterprise Delivery and Service Director) menyerahkan plak kepada Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris (Naib Canselor UPM)

Tarikh Input: 18/01/2019 | Kemaskini: 18/01/2019 | gundala80

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDdPAG~