Webinar Motivasi: Ubah Pemikiran | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Webinar Motivasi: Ubah Pemikiran

Webinar Motivasi: Ubah Pemikiran

SERDANG, Ogos 2021 –  Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah mengambil langkah inisiatif menganjurkan webinar berbentuk motivasi dengan menjemput penceramah terkenal iaitu YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Sheikh Omar Abdul Rahman bertajuk ‘Mindset Change for Self and Organisation Transformation’ sebagai salah satu pengisian dalam meraikan Hari kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) yang julung kalinya diadakan secara atas talian.

 

 

 

Motivasi, pengaktifan dan ucapan inspirasi sering diungkapkan sebagai suntikan kualiti dalam mengorak langkah kejayaan demi kejayaan. Kejayaan yang dicapai sudah pasti melibatkan corak pemikiran yang positif, perubahan sikap dan komitmen yang jitu dalam sesebuah organisasi.

 

Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP 2021) Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ini adalah bertujuan untuk membina sikap positif di kalangan warga kerja terhadap perkhidmatan yang diberikan. Dato’ Sheikh menekankan pembudayaan kerja dengan menerapkan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Pembudayaan ini mampu menyumbang kepada kecemerlangan dan meningkatkan imej organisasi kepada masyarakat. Kehadiran ahli seramai 91 orang dan turut hadir mengikuti ceramah ini ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Dato Dr. Aini Ideris.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 07/08/2021 | Kemaskini: 07/08/2021 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEXPAV~