Slfsktm | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» slfsktm

slfsktm



1. Apakah pencapaian Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM?
UPM dianugerahkan status 'Universiti Penyelidikan' oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2006. Dari segi pencapaian antarabangsa pula seperti berikut:

KEDUDUKAN UPM 

Dunia – No.270
Asia – No.49

KEDUDUKAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (DUNIA)

Kejuruteraan & Teknologi – No.133

KEDUDUKAN MENGIKUT SUBJEK (DUNIA)
Sains Komputer dan Sistem Maklumat – No.151-200

2. Bolehkah saya melawat UPM/Fakulti?
Kawasan di dalam Universiti boleh dilawati oleh orang awam, walaubagaimanapun kebanyakan kawasan pejabat hanya boleh dimasuki dengan kad staf atau kad pelajar sahaja. Sekiranya anda berminat untuk membuat lawatan ke lokasi-lokasi tertentu sila maklumkan kepada pihak universiti atau berhubung terus dengan Fakulti/Institut/Pusat/Kolej/Pejabat yang berkenaan.

3. Di manakah lokasi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat / UPM?
Universiti Putra Malaysia merupakan Universiti tempatan yang berada di kawasan Multimedia Super Corridor, berdekatan dengan Putrajaya (10 minit)  dan lebih kurang 30 minit perjalanan untuk ke Kuala Lumpur, ibu kota negara. Untuk mengetahui lokasi dengan tepat sila klik di sini.

4.Apakah senarai program yang ditawarkan?
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat menawarkan pelbagai bidang pengajian di peringkat Bacelor seperti berikut: 
1. Bacelor Sains Komputer (Sistem Komputer)
2. Bacelor Sains Komputer (Multimedia)
3. Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer)
4. Bacelor Kejuruteraan Perisian

5. Saya berminat untuk menyambung pengajian di peringkat siswazah. Apakah bidang yang ditawarkan?
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat menawarkan program Master dengan tesis dan Master kerja kursus.

Master dengan tesis:

1. Master Sains

Program Master Sains menawarkan pengajian khusus dalam pelbagai bidang sains komputer.  Calon Master Sains akan menyempurnakan beberapa kursus akademik dalam bidang utama dan satu projek penyelidikan.  Seseorang calon yang mengikuti program ini boleh menyempurnakan pengajiannya dalam jangka masa sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan maksimum selama tiga (3) tahun.

Bidang Pengajian: 

1.  Rangkaian Komputer
2.  Sistem Pangkalan Data
3. Interaksi Manusia Komputer
4. Sistem Maklumat
5. Pengkomputeran Cerdas
6. Pengkomputeran Multimedia 
7. Pengkomputeran Selari dan Teragih
8. Keselamatan Dalam Komputeran
9. Kejuruteraan Perisian

Master tanpa tesis:

1. Master Sains Komputer

Program Master Sains Komputer adalah program siswazah melalui kerja kursus sebanyak 40 jam kredit.  Program ini menawarkan peluang untuk pengajian lanjutan serta perkembangan kerjaya dalam bidang sains komputer.  Objektif program ini adalah untuk menghasilkan siswazah dengan kemahiran teknologi terkini dalam bidang sains komputer.

Bidang Pengkhususan: Pengkomputeran Teragih 

2. Master Keselamatan Maklumat

The Master of Information Security is a 40 credits postgraduate programme by course work at the Faculty of Computer Science and Information Technology, Universiti Putra Malaysia (UPM). It offers an opportunity for advanced studies and career development in the field of information security.

3. Master Kejuruteraan Perisian
 


PhD:


6. Berapa lamakah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah ditubuhkan di UPM?
 
Evolusi global dan kepentingan pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang komputer dimanfaatkan secara strategik dalam penawaran program UPM pada tahun 1980-an. Antara strategi berkesan bagi mencapai matlamat ini ialah melalui penawaran kursus Diploma dan Bacelor Sains Komputer. Permintaan dan perkembangan pesat kursus-kursus tersebut memerlukan struktur pentadbiran dan akademik yang khusus. Maka menjelang tahun 1992, selaras dengan kemajuan pesat teknologi maklumat, Jabatan Sains Komputer telah ditubuhkan. Sehubungan itu, kursus-kursus telah direkabentuk dan ditawarkan untuk memenuhi permintaan dan keperluan kebanyakan pelajar dengan mencontohi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa. Ini merangkumi pengajian pasca siswazah dan penyeliaan bagi pelajar yang meneruskan pengajian dalam bidang Master Sains dan Doktor Falsafah.

Dalam tahun 1995, UPM telah bergerak selangkah lagi dalam bidang pembelajaran komputer. Maka, menyedari intipati sebenar pendidikan tanpa sempadan, Diploma dan Bacelor Sains Komputer ditawarkan dengan kerjasama antara UPM dan institusi pendidikan swasta. Ini sejajar dengan perkembangan pembelajaran komputer di UPM yang semakin meluas.

Pada bulan Oktober 1998, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat secara rasminya ditubuhkan bagi memenuhi permintaan program akademik tambahan dan juga selaras dengan perkembangan pesat dalam bidang berkenaan. Penubuhan fakulti juga selari dengan matlamat universiti agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

Pada masa kini, fakulti ini terdiri daripada empat jabatan iaitu Jabatan Multimedia, Jabatan Sains Komputer, Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat dan JabatanTeknologi Komunikasi dan Rangkaian.

7. Apakah syarat kemasukan untuk program Bacelor?
Sila klik di sini untuk muat turun syarat kemasukan

8. Bagaimana untuk memohon?
Pemohon boleh berhubung dengan bahagian Seksyen Akademik melalui e-mel farahdeena@upm.edu.my  ATAU telefon +603-8947 1737 / +603-8946 6570. 
Bagi yang berminat untuk program siswazah sila hubungi Seksyen Penyelidikan dan Pengajian Siswazah melalui e-mel amir_peli@upm.edu.my ATAU telefon +603-8946 6553 / +603-8947 1744

9. Berapakah yuran pengajian bagi program siswazah?
Sila klik di sini sekiranya anda calon dalam negara
Sila klik di sini sekiranya anda calon luar negara


10. Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai kemudahan yang disediakan. Siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menghubungi Seksyen Pengurusan Sumber untuk maklumat mengenai kemudahan dan akses di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat melalui e-mel noorizura@upm.edu.my atau telefon +603-8947 1742

11.Sekiranya saya mempunyai soalan lain yang tidak tersenarai di sini, siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menghubungi Pejabat Dekan di talian 03-8946 6555, faks di 03-8946 6576, atau emel dean.fsktm@upm.edu.my atau mana-mana Seksyen/Unit lain yang berkaitan. Sila klik di sini...


Kemaskini:: 08/12/2016 [farahdeena]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
S, (11:12:09pm-11:17:09pm, 05 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]