Setiap tahun, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk bilangan pelajar UPM menjalani program mobiliti akan ditentukan oleh Pengurusan Universiti yang akan dipenuhi oleh setiap fakulti dan institut. Jawatankuasa Mobiliti Pelajar yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dibentuk untuk melihat polisi mobiliti pelajar.
Setiap tahun, sejumlah dana diperuntukkan oleh UPM untuk memudahkan pergerakan pelajar menyertai program mobiliti. Di samping itu pembiayaan untuk aktiviti-aktiviti ini diperolehi melalui proses pembidaan dari penaja seperti Program Pelajar Mobiliti Pelajar Antarabangsa ASEAN (AIMS), Program Seminar Pascasiswazah Malaysia-Thailand dan Program Erasmus Mundus.
Kategori Program Mobilti
*Pelajar diingatkan bahawa bantuan kewangan hanya akan diberikan kepada program yang menepati kriteria seperti kategori di atas sahaja. Bagi program yang kurang daripada 14 hari tidak akan mendapat bantuan kewangan.
Siapa yang boleh menyertai program mobiliti?
Jawatankuasa Mobiliti Pelajar yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah menetapkan kriteria untuk pelajar UPM yang berminat untuk menyertai program mobiliti.
Sepuluh (10) sebab menyertai program mobiliti.
Pelajar yang berminat boleh memuat turun borang-borang berikut:
Sebagai tambahan kepada borang-borang berikut, kami juga memerlukan dokumen tambahan berkaitan seperti:
Sila hantar semua borang dan dokumen ke fakulti masing-masing. Fakulti akan menghantar borang permohonan kepada kami.
Untuk permohonan Internship sila lengkapkan semua dokumen dengan sewajarnya dan untuk maklumat lanjut sila layari laman web PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (CIRNET).
Permohonan akan melalui mesyuarat Jawatankuasa Mobiliti Pelajar yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang akan diadakan pada minggu *ke-3 setiap bulan.
Pelajar adalah disyorkan untuk menghantar permohonan sekurang-kurangnya dua(2) bulan sebelum menjalani program mobiliti.
*Jadual mesyuarat boleh berubah mengikut keperluan semasa. Pelajar dinasihatkan untuk merujuk seksyen mobiliti.
**Kadar bayaran yang dinyatakan didalam jadual ini boleh berubah mengikut keperluan semasa dan di atas keputusan Jawatankuasa Mobiliti Pelajar UPM.
Kemaskini:: 10/11/2017 [farahdeena]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan