Kesetaraan Kursus | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» AKADEMIK » Pra Siswazah » Kesetaraan Kursus

Kesetaraan Kursus

Kesetaraan kursus untuk program Bacelor Sains Komputer

Proses Permohonan Kesetaraan Kursus

1. Pelajar diingatkan supaya membuat kesetaraan kursus pada awal semester supaya proses pembelajaran pelajar dapat berjalan dengan lebih lancar.

2. Jumlah maksimum pemindahan kredit untuk kesetaraan kursus tidak boleh melebihi 30% daripada jam kredit untuk sesuatu program yang sedang diikuti.

3. Kesetaraan kursus sesuatu kursus boleh dibuat jika pelajar dapat membuktikan bahawa beliau telah menjalani kursus yang sama atau kandungan kursusnya setara dan mendapat kelulusan yang diperlukan.

4. Pelajar yang ingin memohon kesetaraan kursus dikehendaki menyemak senarai kursus disini dan mengisi borang permohonan kesetaraan kursus/pengecualian kursus di SMP beserta salinan transkrip/keputusan peperiksaan. 

5. Semak status permohonan di dalam SMP LULUS/GAGAL.
 


Senarai Kesetaraan Kursus SKP2101, SKP2203 dan SKP2204


Bil. Kod Kursus Nama Kursus Kod Kursus Kursus Peringkat Diploma Gred Kredit
1 SKP2101 Kenegaraan Malaysia SKP2101 Kenegaraan Malaysia C 3(3+0)
2 SKP2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia SKP2201 & SKP2202 Tamadun Islam dan Tamadun Asia C 2(2+0)
3 SKP2204 Hubungan Etnik SKP2204  Hubungan Etnik 2(2+0) 



* Pelajar antarabangsa dikecualikan mengambil kursus SKP2204 (Hubungan Etnik) dan SKP2203 (Tamadun Islam dan Tamadun Asia). Tetapi kursus tersebut mesti digantikan dengan mana-mana kursus yang sama kredit atau lebih. Walaubagaimanapun tiada halangan sekiranya mereka berminat untuk mengambil.



Senarai Kesetaraan Kursus PRT2008

Kemasukan Asasi Sains Pertanian:

PRT2008-Pertanian dan Manusia atau

ASA0101-Pengenalan Kepada Industri Pertanian
dan 
[ASA0102-Pertanian dan Industri Makanan atau ASA0103-Keusahawanan dan Pemasaran Pertanian]

Kemasukan Diploma:

PRT2008-Pertanian dan Manusia atau setara.



Pakej 
English Language Experience (ELEx)

Pakej English Language Experience (ELEx) telah mula dilaksanakan untuk pelajar prasiswazah UPM bermula dari September 2013.

Klik di sini untuk Skema Elex Intake September 2013.

Klik di sini untuk Skema Elex Intake September 2017.

 

 

Kemaskini:: 14/04/2018 [farahdeena]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97696501
03 89466576
B1566615975