Kesetaraan kursus untuk program Bacelor Sains Komputer
Proses Permohonan Kesetaraan Kursus
1. Pelajar diingatkan supaya membuat kesetaraan kursus pada awal semester supaya proses pembelajaran pelajar dapat berjalan dengan lebih lancar.
2. Jumlah maksimum pemindahan kredit untuk kesetaraan kursus tidak boleh melebihi 30% daripada jam kredit untuk sesuatu program yang sedang diikuti.
3. Kesetaraan kursus sesuatu kursus boleh dibuat jika pelajar dapat membuktikan bahawa beliau telah menjalani kursus yang sama atau kandungan kursusnya setara dan mendapat kelulusan yang diperlukan.
4. Pelajar yang ingin memohon kesetaraan kursus dikehendaki menyemak senarai kursus disini dan mengisi borang permohonan kesetaraan kursus/pengecualian kursus di SMP beserta salinan transkrip/keputusan peperiksaan.
5. Semak status permohonan di dalam SMP LULUS/GAGAL.
Senarai Kesetaraan Kursus SKP2101, SKP2203 dan SKP2204
Bil. | Kod Kursus | Nama Kursus | Kod Kursus | Kursus Peringkat Diploma | Gred | Kredit |
1 | SKP2101 | Kenegaraan Malaysia | SKP2101 | Kenegaraan Malaysia | C | 3(3+0) |
2 | SKP2203 | Tamadun Islam dan Tamadun Asia | SKP2201 & SKP2202 | Tamadun Islam dan Tamadun Asia | C | 2(2+0) |
3 | SKP2204 | Hubungan Etnik | SKP2204 | Hubungan Etnik | C | 2(2+0) |
* Pelajar antarabangsa dikecualikan mengambil kursus SKP2204 (Hubungan Etnik) dan SKP2203 (Tamadun Islam dan Tamadun Asia). Tetapi kursus tersebut mesti digantikan dengan mana-mana kursus yang sama kredit atau lebih. Walaubagaimanapun tiada halangan sekiranya mereka berminat untuk mengambil.
Senarai Kesetaraan Kursus PRT2008
Kemasukan Asasi Sains Pertanian:
PRT2008-Pertanian dan Manusia atau
ASA0101-Pengenalan Kepada Industri Pertanian
dan
[ASA0102-Pertanian dan Industri Makanan atau ASA0103-Keusahawanan dan Pemasaran Pertanian]
Kemasukan Diploma:
PRT2008-Pertanian dan Manusia atau setara.
Pakej English Language Experience (ELEx)
Pakej English Language Experience (ELEx) telah mula dilaksanakan untuk pelajar prasiswazah UPM bermula dari September 2013.
Klik di sini untuk Skema Elex Intake September 2013.
Klik di sini untuk Skema Elex Intake September 2017.
Kemaskini:: 14/04/2018 [farahdeena]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan