Aplikasi Video Tiktok adalah platform media sosial yang dibangunkan oleh ByteDance, syarikat yang berpangkalan di Beijing, China. TikTok lebih dikenali sebagai Douyin telah dilancarkan di dalam pasaran China pada tahun 2016 yang mempunyai ciri perkongsian video berdurasi pendek seperti muzik tarian, pergerakan bibir dan tambahan efek teknologi realiti imbuhan (AR).
Aplikasi TikTok mudah dimuat turun melalui Google Playstore dan App Store secara percuma oleh pengguna Android dan iOS. Menurut sumber Sensor Tower, aplikasi TikTok menjadi aplikasi kategori media sosial yang paling banyak dimuat turun di dunia pada hari ini di telefon pintar.
(Gambar Hiasan)
Penggunaan aplikasi TikTok menjadi trend terkini dan semakin popular digunakan oleh generasi muda terutamanya kanak-kanak dan pelajar sekolah di peringkat remaja semasa pandemik COVID-19. Platform unik TikTok ini memberikan kemudahan dan saluran anak-anak muda mempamerkan kreativiti mereka untuk menyampaikan maklumat selain bentuk hiburan kepada kanak-kanak.
Peningkatan jumpah pengguna TikTok yang dianggarkan seramai 800 juta pengguna aktif di seluruh dunia tanpa batasan ini mampu memberikan kesan negatif kepada pengguna dari segi keselamatan maklumat, jenayah siber, privasi kanak-kanak dan dibimbangi terdedah kepada sasaran pedofil jika tiada sebarang kawalan dan pengawasan oleh ibu bapa. Pandangan dan perkongsian oleh Dr. Ruziana Masiran yang merupakan pakar psikitiari dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia berkenaan sejauh mana aplikasi ini selamat untuk kanak-kanak menerusi Bernama.
Sumber: BERNAMA
Tarikh Input: 01/06/2021 | Kemaskini: 01/06/2021 | akmalhafiz
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan