Manfaat IR4.0 Pertingkat Fungsi Masjid, Surau | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Manfaat IR4.0 pertingkat fungsi masjid, surau

Manfaat IR4.0 pertingkat fungsi masjid, surau

 

 

 

Institusi masjid dan surau tidak dapat lari daripada penggunaan teknologi maklumat dan komputer untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan fungsi sebagai pusat ibadat dan dakwah, sekali gus membantu ahli kariah meningkatkan amalan dan keilmuan serta program kemasyarakatan seperti kesukanan, penjanaan ekonomi dan kesihatan selari dengan ajaran Islam.

 

Ini termasuk teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan sistem kecerdasan buatan (AI) untuk mengurus maklumat dengan menggunakan sistem data raya dihubungkan melalui pengkomputeran awan.

 

Ini menjadikan masjid dan surau bukan sahaja untuk ibadat seperti solat berjemaah, bahkan pusat pengajian bersifat rasmi (micro-credential) atau tidak rasmi terutama menyahut seruan untuk pembelajaran sepanjang hayat ahli kariah atau jemaah.

 

Fungsinya juga boleh dipelbagaikan dengan menggunakan pendekatan teknologi terbaharu ke arah mentransformasikan persekitaran masjid dan surau daripada konsep konvensional kepada digital atau dikenali sebagai masjid masa depan.

 

Bagaimanapun, ia perlu membabitkan pihak berkepentingan, iaitu pengurusan atau pentadbiran yang perlu memastikan fungsi institusi itu sentiasa relevan dan prestasinya dipertingkatkan serta dilestarikan.

Dengan sokongan teknologi terbaharu juga, pengurusan data jemaah dan kewangan masjid dapat dibuat secara automasi dan sistematik serta disimpan di lokasi maya, iaitu di pengkomputeran awan serta boleh dicapai di mana-mana tempat dan pada setiap masa.

 

Ini termasuk prasarana sistem maklumat pengurusan masjid (SMPM) seperti penjadualan imam dan kuliah, waktu solat serta membangunkan kandungan program atau aktiviti masjid secara dalam talian atau secara maya untuk rujukan jemaah seperti menggunakan teknologi realiti maya (VR) dan media sosial.

 

Pembangunan sistem dilengkapi AI ini juga mampu memberi ingatan dan notifikasi mengenai program terkini supaya ahli kariah dan jemaah dapat mengikuti program berkenaan pada masa ditetapkan sama ada secara fizikal atau sebaliknya.

 

Masjid dan surau juga boleh mengaplikasikan sistem automasi seperti pengesanan kedatangan dan muatan jemaah di dalam premis melalui internet benda (IoT), di samping penggunaan CCTV untuk tujuan pemantauan keselamatan di masjid secara maya dengan menggunakan alatan seperti jam dan telefon pintar.

 

Bagaimanapun dalam mengaplikasi teknologi ini, antara cabaran perlu ditangani ialah faktor kemahiran penyediaan dan penggunaan teknologi terbaharu seperti sistem WiFi dengan rangkaian komunikasi 5G.

.

.

.

 

 ... ikuti artikel selanjutnya di Berita Harian (6 September 2023)

 

Prof. Ts. Dr. Rusli Hj. Abdullah (Foto)

Penulis adalah Profesor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM);

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 15/09/2023 | Kemaskini: 15/09/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDDEAM~