PADU Bukti Kemahiran Digital Penjawat Awam | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » PADU Bukti Kemahiran Digital Penjawat Awam

PADU Bukti Kemahiran Digital Penjawat Awam

 

(Gambar Hiasan)

 

 

Pembinaan Pangkalan Data Utama (PADU) membuktikan kebolehan sektor awam yang berfungsi dengan cemerlang selepas memperlihatkan kemampuan membangunkan sistem aplikasi secara dalaman.

 

Ini berbeza dengan pembangunan sistem lain seperti MySejahtera yang menggunakan pendekatan pembangunan dilakukan secara luaran.

 

Ia menunjukkan penjawat awam mempunyai bakat digital komprehensif dari segi pengetahuan teknikal untuk membangunkan sistem PADU hingga boleh beroperasi mengikut keperluan dikehendaki pengguna semasa atau selari teknologi masa kini.

 

Ini termasuk juga memastikan segala kefungsian dan bukan kefungsian keperluan sistem berkenaan dapat beroperasi dengan baik terutama membabitkan prestasi sistem dan keselamatan data.

 

Dengan membangunkan sistem ini secara dalaman, penyelenggaraan dapat dibuat dengan mudah di samping menjimatkan masa dan kos.

 

Ia juga memberi peluang kepada penjawat awam membuktikan daya tahan dan bakat, selain mengoptimumkan sumber tenaga demi kepentingan organisasi di sektor awam.

 

Bagaimanapun, kita perlu mengakui terdapat pelbagai isu dan cabaran perlu ditangani penjawat awam untuk memastikan bakat digital mereka sentiasa relevan hingga dapat menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat di samping memastikannya dapat beroperasi dengan lancar.

 

Oleh itu, pihak dipertanggungjawabkan perlu memastikan semua ekosistem berkaitan pengurusan infrastruktur ini beroperasi pada setiap masa (24/7) dan boleh dicapai melalui penggunaan peranti pintar seperti telefon pintar.

 

Ini termasuk memastikan semua pihak terbabit terutama pengguna akhir dapat mencapai sistem berkenaan tanpa mengira di mana berada dan menggunakannya secara dalam talian termasuk melalui sistem rangkaian komunikasi 5G.

 

.

.

.

... ikuti artikel selanjutnya di Berita Harian (29 Januari 2024)

 

 

 

Prof. Ts. Dr. Rusli Hj. Abdullah (Foto)

Penulis adalah Profesor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM

 

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbVAh~