Perlu Data Komersial, Audit Berkala | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Perlu Data Komersial, Audit Berkala

Perlu Data Komersial, Audit Berkala

 

Perkongsian pandangan oleh Profesor Ts. Dr. Rusli Abdullah mengenai pangkalan data sosioekonomi negara yang dipanggil PADU atau Sistem Pangkalan Data Utama.

 

PADU yang dilancarkan oleh kerajaan pada awal tahun ini oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dibuka pendaftaran kepada orang ramai sehingga 31 Mac 2024. Pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan 30 butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman. PADU yang dilancarkan merupakan satu bentuk penambahbaikan dalam memastikan tadbir urus awam yang lebih baik, terutamanya dalam menjamin dasar sosioekonomi dilaksanakan dengan baik melalui orientasi data menyeluruh.

PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang juga turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi lain.

Profesor dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr. Rusli Abdullah memberi pandangan dan cadangan berkenaan fungsi dan tambah baik sistem PADU ini boleh dikenal pasti  melalui audit berkala.

Tambahan lagi, langkah ini akan membolehkan sebarang isu ditangani segera, serta memastikan perisian, sistem operasi dan aplikasi sentiasa dikemas kini dengan penyelesaian keselamatan terkini untuk mengurangkan potensi kelemahan dalam memastikan sistem keselamatan yang terbaik.

"Kerajaan perlu merekayasa semula proses tertentu yang tidak relevan dan penting supaya sistem itu menjadi lebih pintar dan dikendalikan secara rasional," katanya yang turut menyarankan prosedur sistem sandaran dan pemulihan serta pelaksanaan sandaran data berkala dan menguji proses pemulihan untuk meminimumkan kesan kehilangan data atau kegagalan sistem yang mungkin berlaku.

 

 

 

Sumber: Harian Metro, 3 Januari 2024

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 15/01/2024 | Kemaskini: 15/01/2024 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbNAf~