Sentiasa Kemas Kini Kata Laluan Lindungi Data Peribadi | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Sentiasa kemas kini kata laluan lindungi data peribadi

Sentiasa kemas kini kata laluan lindungi data peribadi

 

 

Kehidupan manusia sekarang boleh dikatakan bergantung kepada teknologi digital. Malaysia sendiri melancarkan aplikasi MyDigital, iaitu inisiatif melambangkan aspirasi transformasi ke negara berpendapatan tinggi dipacu pendigitalan dan peneraju serantau dalam ekonomi digital.

Bagaimanapun, ini juga membuka ruang kepada golongan penjenayah siber atau scammer mengambil kesempatan terhadap keselamatan digital. Menurut laporan terkini syarikat keselamatan siber Surfshark, Malaysia berada pada kedudukan ke-11 negara paling ramai data penggunanya dicerobohi pada suku kedua 2022.

Surfshark menunjukkan bagaimana setiap negara amat terkesan dengan pencerobohan data peribadi apabila membabitkan 27,000 pangkalan data bocor. Berdasarkan tempoh kajian bermula April hingga Jun lalu, lebih 665,200 pengguna Malaysia diceroboh, manakala sejak 2004 ada 44.2 juta akaun diceroboh scammer.

Antara faktor menyumbang pencerobohan data  adalah penggunaan kata laluan mudah diteka atau dijangka. Pengguna bijak perlu menguruskan kata laluan setiap akaun atau data sensitif dengan baik. Semua kata laluan sama ada di media sosial seperti Facebook, e-mel dan bank perlu sentiasa dikemaskini atau dipertingkatkan keselamatan menggunakan kepelbagaian aksara. Selain itu, sikap tidak berhati-hati ketika melayari laman web juga mendedahkan risiko pencerobohan data apabila pengguna memuat turun perisian hasad malware secara tidak sengaja atau mempercayai e-mel phising.

Tiga insiden keselamatan siber

Berdasarkan laporan statistik insiden keselamatan siber dikeluarkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), terdapat tiga insiden keselamatan siber paling ketara dalam lebih 10,000 kes dilaporkan pada 2021, iaitu 7,098 kes berkaitan penipuan digital atau 71 peratus; percubaan pencerobohan (1,410 kes/14 peratus) dan kod hasad (648 kes/6 peratus).

Penipuan digital merangkumi banyak jenis penipuan seperti e-mel pancingan data, perisian hasad dan kecurian identiti melalui akaun e-mel terjejas. Bagaimanapun, laporan itu turut merekodkan bilangan insiden semakin berkurangan pada separuh tahun kedua, mungkin disebabkan kesedaran rakyat, pencegahan berkesan agensi kerajaan dan pelaksanaan akta baharu terhadap serangan siber.

 

…ikuti artikel selanjutnya di Berita Harian, 8 Ogos 2022.

 

 Foto: Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 08/08/2022 | Kemaskini: 08/08/2022 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXETCA7~