Waspada Taktik Scammer Elak Jadi Mangsa | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Waspada taktik scammer elak jadi mangsa

Waspada taktik scammer elak jadi mangsa

*Artikel ini disiarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

Sehingga kini, isu keselamatan siber tetap menjadi antara perhatian utama di Malaysia. Kes seperti pencerobohan keselamatan data peribadi, pancingan data, buli siber dan pelbagai jenis penipuan dalam talian dilihat semakin meningkat.

Walaupun diberi peringatan di pelbagai sumber media seperti iklan di televisyen dan radio, kempen kesedaran di laman sosial dan sebagainya, kes ancaman keselamatan siber tetap berlaku serta menunjukkan trend membimbangkan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mendedahkan lebih RM155 juta nilai kerugian direkodkan melalui 3,604 kes penipuan siber sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Terbaru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati berlaku insiden penyamaran dan penipuan melalui kaedah pengambilalihan akaun aplikasi sembang (chat) seperti SMS, sistem sembang Facebook, Instagram, WhatsApp dan sistem emel semakin meningkat.

Sebagai rekod, statistik trend aduan awam diterima SKMM menunjukkan jumlah aduan berkaitan penggodaman dan kehilangan akses meningkat sebanyak 55 peratus, iaitu 1,599 aduan pada 2020 dan 2,483 aduan pada 2021.

Modus operandi penggodam adalah dengan melakukan penyamaran. Penipu yang berjaya menyamar sebagai ahli keluarga atau sahabat atau pihak berkuasa untuk memperdaya mangsa.

Persoalan pertama yang mungkin bermain di fikiran pengguna adalah bagaimana penyamaran boleh berlaku. Mengambil contoh aplikasi SMS, pelaku hasad (malicious) boleh memanipulasi lapangan identiti pengirim menggunakan alat Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) untuk mengaburi nombor telefon sebenar mereka.

.... ikuti artikel selanjutnya di Berita Harian edisi 16 Ogos 2022.

 

Foto: Dr. Normalia Samian

Penulis adalah Pensyarah Kanan, Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Sumber: Berita Harian

Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 16/08/2022 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDdWA0~