FSKTM UPM MEMENANGI TEMPAT PERTAMA TDC2019 KATEGORI UNIVERSITI_ | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » FSKTM UPM MEMENANGI TEMPAT PERTAMA TDC2019 KATEGORI UNIVERSITI_

FSKTM UPM MEMENANGI TEMPAT PERTAMA TDC2019 KATEGORI UNIVERSITI_

Oleh: Dr. Salmi Baharom

 

 

KUALA LUMPUR, OKT 2019 - Putra-Tester dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia diumumkan menjuarai pertandingan Reka Bentuk Pengujian (TDC) 2019 bagi kategori universiti dan telah menerima wang tunai sebanyak RM 3000. Putra-Tester berjaya bersaing dengan 18 kumpulan daripada pelbagai universiti di seluruh Malaysia dan Kemenangan ini adalah kali yang kedua selepas kejuaraan pada tahun 2017.

 

Tahun ini, ahli pasukan Putra-Tester terdiri daripada empat pelajar prasiswazah, Syazani Hussin, Nufarahshazwani Nor Azmi, Nuralia Natasya Salehuddin, Nurul Asyiqin Mahmud dan pensyarah pembimbing, Dr. Salmi Baharom dari Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat. Pasukan ini juga dibantu oleh seorang pensyarah mentor, Dr. Mohd Hafeez Osman.

 

TDC 2019, edisi ke-5 ini dianjurkan oleh Lembaga Pengujian Perisian Malaysia (MTSB) yang memerlukan para peserta untuk bertindak balas terhadap cabaran ‘hibrid’ dan  mengkehendaki mereka untuk melengkapkan sebahagian tugasan sebelum diberikan tugasan lain semasa ‘Cabaran Ujian Hujung Minggu’.

 

 

 

Kriteria penilaian berdasarkan beberapa elemen termasuk keberkesanan, kecekapan dan kreativiti dalam penyelesaian ujian yang diberikan. Pertandingan ini menyediakan platform yang efisien untuk para pelajar dan pensyarah pembimbing bagi menguji pengetahuan mereka secara praktikal, memberi pengalaman kepada permasalahan industri dan pendedahan kepada persekitaran kerja serta mengukur tahap kecekapan setiap pasukan. Pertandingan ini telah diadakan di Sunway University pada 20 hingga 21 Julai 2019.  Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung pada hari kedua SOFTEC Asia 2019, 2 Oktober 2019.

 

Sumber:  Softec Asia 2019

Tarikh Input: 08/10/2019 | Kemaskini: 17/10/2019 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
C1571722820