Pelajar FSKTM Menang Tempat Kedua Dalam Hackathon Inovasi Insurans 2022 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Pelajar FSKTM Menang Tempat Kedua dalam Hackathon Inovasi Insurans 2022

Pelajar FSKTM Menang Tempat Kedua dalam Hackathon Inovasi Insurans 2022

Oleh : Muhammad Zikri Mohd Shafie, Mohd Hafeez Osman

10 April 2022, Hackathon Inovasi Insurans telah diadakan secara maya dan penyertaan adalah terbuka kepada professional, graduan dan pelajar universiti yang berumur 18 tahun dan keatas. Acara ini dianjurkan oleh Institut Insurans Malaysia dengan Kerjasama FortNynja, sebuah syarikat terkemuka dalam bidang keselamatan siber. Selain FortNynja, Institut Insurans Malaysia juga mendapat kerjasama daripada Microsoft untuk acara ini. Acara ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan orang awam mengenai kepentingan insurans serta menyelesaikan beberapa masalah yang dibentangkan oleh Bank Negara Malaysia. Sebelum hackathon ini dimulakan, beberapa acara telah diadakan untuk memberikan pandangan yang lebih jelas mengenai insurans serta beberapa idea untuk menangani masalah yang diberikan. Antara acara yang diadakan adalah sesi tunjuk ajar daripada individu terkemuka dari industri insurans, klinik kod dan bengkel perniagaan.

Sebanyak 31 peserta daripada 9 pasukan yang berbeza membentangkan penyelesaian kepada masalah yang berkaitan insurans. Semua pasukan diberikan lima hari untuk mengekod prototaip penyelesaian mereka dan mengemukakan idea tersebut kepada panel hakim pada separuh akhir yang diadakan pada 9 April 2022. Enam pasukan teratas dari separuh akhir mara ke perlawanan akhir yang diadakan pada 10 April 2022.

Pasukan UPM Coders daripada Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM berjaya memenangi tempat ke-2 setelah berjaya membangunkan satu aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk menjadikan insurans hayat mudah dan boleh dicapai khususnya bagi golongan B40. Aplikasi mudah alih ini dicipta menggunakan Teknologi Flutter dan Pangkalan Data MySQL. Pasukan UPM Coders terdiri daripada 5 ahli iaitu Muhammad Zikri bin Mohd Shafie, Muhammad Muqriez Adam Shah bin Nazlan Shah, Muhammad Nur Addin Abdul Hamid, Muhammad Aiman Hakim bin Azahari and Haris Lukman bin Muhammad Isror. Pasukan ini berjaya membawa pulang sepuluh ribu ringgit beserta sijil pencapaian. Pasukan ini juga dianugerahkan “Best Piches in Final Round” yang membolehkan mereka membawa pulang dua ribu ringgit.

Tarikh Input: 21/04/2022 | Kemaskini: 21/04/2022 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbGAo~